`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 15, 2014

Berpakaian tidak kemas semasa memandu pun kena saman?

Semua pada kenderaan yang dipandu cukup syarat. Cukai jalan dan lesen memandu masih sah laku, cermin tidak gelap, pakai tali pinggang keledar, tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

Boleh dikatakan tidak ada silapnya bagi seorang lelaki yang enggan dikenali selepas dikenakan saman polis di Banting pagi tadi.

Sambil tertanya-tanya apa kesalahannya, polis yang mengeluarkan saman menulis kesalahan yang dilakukan adalah ‘Tidak berpakaian kemas semasa memandu’.

"Saya bukan telanjang ketika memandu. Masih berpakaian tetapi saya dikenakan saman yang tidak pernah saya dengar iaitu menjadi kesalahan memandu jika tidak berpakaian kemas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saya disaman oleh anggota polis Peronda Lebuh Raya Malaysia Cawangan Trafik Bukit Aman. Masuk akal atau tidak saman dikeluarkan atas kesalahan tidak berpakaian kemas?" katanya sambil menunjukkan surat saman yang diterima.


Jelasnya, dia boleh terima jika saman yang dikeluarkan itu atas kesalahan biasa tetapi saman tidak berpakaian kemas belum pernah didengar.

"Saya mohon penjelasan pihak Polis Diraja Malaysia bagi mengelak kekeliruan ini kerana ini adalah kali pertama saman seumpama itu dikeluarkan ke atas diri saya," katanya lapor MalaysiaGazette

Apa pula kata seorang Peguam mengenai perkara ini?..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.