`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 22, 2014

" Derita Peneroka Harga Getah Jatuh Lagi RM1.80 Sekilo. Beli Gula Pun Tak Lepas, Pemimpin BN Senang Lenang "



Rakyat luar bandar, kampong-kampong tradisional dan para peneroka Felda yang bergantung harap dengan hasil getah kini sedang  menjerit dan memekik memanggil para pemimpin UMNO supaya lihat akan nasib yang menimpa mereka kini.

Dulu kais pagi makan pagi kais petang makan petang ... kini sudah kais pagi makan untuk sampai kemalam.

Lihatlah mereka, tinjau-tinjaulah mereka dan jenguk-jenguklah mereka wahai para pemimpin UMNO semua ... Ingat akan jasa besar mereka .. ingat akan sokongan dan dokongan undi mereka kepada UMNO sehingga masih boleh bertahan di Putrajaya.

Kalau sudah tidak mampu dan larat  .. sila turun takhta dan serahkan kepada Pakatan Rakyat.

Janganlah   bila nakkan undi dan sokongan mereka baru nampak muka dan berlakun perihatin dan kesian.

Mana slogan Rakyat Di Dahulukan ... Mana kata-kata manis Tradisi Membela Rakyat. .. Mana janji BN Menang Rakyat Senang.


Kain rentang dipasang di Kg New Zealand, Maran, Pahang .. negeri Najib Razak .. negeri UMNO/BN jadi parti pemerintah semenjak Merdeka 1957. Omak Kau

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.