`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 21, 2014

#MH192 PENUMPANG BERSYUKUR MASIH HIDUP,TAHNIAH KEPADA KAPTEN

Seorang penumpang Malaysia gembira kerana masih hidup selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Isnin.

"Apabila pesawat itu mahu berlepas, kami boleh mendengar tiga bunyi dentuman yang sangat kuat. Pesawat itu bergegar, terutama dirasai di barisan tempat duduk 19 hingga 23 di sebelah D, E dan F," kata penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Raymond.

"Topeng oksigen jatuh tetapi orang ramai tidak panik. Ramai yang berdoa, kesemua mereka tenang," katanya ketika ditanya mengenai keadaan di dalam pesawat yang terpaksa berlegar di ruang udara KLIA selama kira-kira tiga jam.

Raymond berkata, juruterbang melaksanakan tugas dengan baik kerana memaklumkan perkembangan penerbangan kepada semua penumpang.

"Tidak banyak maklumat seperti yang saya mahu tetapi kami setiap dikemaskinikan dengan perkembangan (penerbangan) itu," katanya.

Penganalisis Strategi IT Malaysia, Eugene Chin, yang menaiki pesawat itu ke Bengaluru (Bangalore) untuk menjalani latihan, sedang tidur apabila salah satu daripada tayar pesawat pecah semasa berlepas.



"Apabila saya bangun sejam kemudian, saya mendapati kami masih berlegar berhampiran Malaysia. Saya kemudian terdengar bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan salah satu daripada roda pesawat yang memungkinkan pendaratan kecemasan," katanya yang berusia 24 tahun.

Menurut Eugine, pesawat itu bergegar ketika berlepas dan beranggapan ia melanggar sesuatu.

"Kami menerima kemaskini (maklumat) secara berterusan. Kapten (juruterbang) menjalankan kerja dengan baik dan amat teliti dengan prosedur keselamatan.

"Kapten mahu memaklumkan kepada kami beberapa kali supaya kami tahu apa yang berlaku," katanya.

Terdahulu, MAS mengeluarkan satu kenyataan bahawa penerbangan MH192 yang berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam Ahad ke Bengaluru terpaksa berpatah balik.

Penerbangan MH192 dijadualkan tiba di Bengaluru di India pada 11.35 malam hari yang sama.

Pesawat itu yang mengalami masalah pada salah satu rodanya sewaktu berlepas, mendarat selamat di KLIA pada kira-kira pukul 1.56 pagi Isnin.

Pesawat itu membawa seramai 166 orang termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.