`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 23, 2014

‘TNB wajib dedahkan kandungan perjanjian dengan 1MDB’

Ini kerana syarikat utiliti nasional itu mempunyai tanggungjawab bersikap telus kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pemegang saham dan rakyat
nurul izzahPETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggesa agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendedahkan kandungan perjanjian pembelian kuasa (PPA) dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Di  sidang akhbar hari ini, Nurul berkata bahawa syarikat utiliti nasional itu wajib mendedahkan kandungan perjanjian ini untuk penelitian awam kerana sebagai sebuah syarikat berkait kerajaan (GLC), ia mempunyai tanggungjawab untuk bersikap telus kepada pihak-pihak berkepentingan.
Tegasnya, pihak-pihak berkepentingan berhak menilai sama ada kandungan perjanjian ini merupakan perjanjian yang adil untuk kedua-dua belah pihak.
“Sehingga kini, tidak ada sebarang maklumat khusus yang dapat diteliti oleh orang ramai, lanjutan daripada rundingan yang dilakukan dengan penuh kerahsiaan.
“Jangan nanti beban tanggungan kewangan TNB diturunkan kepada rakyat. Cukuplah sudah rakyat selama ini menanggung perjanjian yang berat sebelah dengan penjana tenaga bebas (IPP),” ujarnya.
TNB minggu lepas memeterai PPA dengan 1MDB bagi membina kemudahan menjana tenaga solar 50-megawatt (MW) di Kedah untuk menghasilkan tenaga boleh diperbaharui.
Di bawah PPA tersebut, 1MDB akan merekabentuk, membina, memiliki, mengendali dan mengekalkan kemudahan menjana tenaga fotovoltaik solar (Solar PV).
Jelas TNB minggu lepas, PPA itu berkaitan dengan projek perintis bagi Solar PV arus elektrik gantian 50 MW yang membentuk sebahagian daripada inisiatif bagi menyokong agenda negara untuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.
Perjanjian itu mentadbir obligasi pihak-pihak untuk menjual dan membeli Pengeluaran Elektrik Bersih yang dijana oleh kemudahan tersebut bagi tempoh tidak lebih daripada 25 tahun, mengikut terma dan syarat yang telah dipersetuju.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.