`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 22, 2014

Trip Ke Sabah - Gambar Sekitar Pasar Kota Kinabalu

Ada banyak ikan yang tak pernah saya lhat dijual di dalam Pasar di waktu pagi di Kota Kinabalu. Macam yang saya dah sebut sebelum ini, harga ikan memang amat murah. Kalau duduk kat sana memang berbaloi untuk hari-hari ke Pasar dan balik masak sendiri. Tentu puas hati dan menjimatkan.

Ada beberapa jenis rumpai laut yang saya rakamkan di jual di sana. Mereka kata cuma perlu basuh dan boleh dimakan begitu saja. Tapi tak pula saya mencubanya. Tak tau macam mana rasanya. Lain kali boleh cuba jika ada rezki untuk ke sana lagi.
Kanak-kanak yang bekerja di dalam pasar di Kota Kinabalu agak ramai. Kelihatan mereka berkeliaran ke sana-sini melakukan kerja-kerja kasar. Mereka dilatih mencari makan sejak kecil di kala kanak-kanak seusia mereka bersekolah.

Ada juga kanak-kanak yang kerjanya meminta sedekah pada prapelancong yang lalu lalang di kawasan tersebut. Mereka akan datang membawa bungkusan plastik hitam meminta sumbangan belas ehsan para pengunjung di sana. Pandai pula mereka kenal pasti mana orang luar dan mana orang tempatan.
Mereka nampaknya tak segan untuk bergambar. Setiap kali saya menghalakan kamera pada mereka pasti akan ada aksi yang akan dipamerkan untuk rakaman gambar mereka.
Ikan-ikan yang berbagai warna dikumpulkan di dalam satu tong tersendiri. Tak pasti samada ianya untuk dijual atau tidak. Mungkin ada yang akan membelinya saya tak pasti
Peniaga ikan menunjukkan harga ikan yang amat murah ketika saya merakamkan gambar ketika lalu didepan gerai ikannya
Ini akan apa saya tak tahu. Nampak macam ikan buntal dalam rupa bentuknya. Tapi nampak macam berbulu dan sekali pandang macam landak pula. Kalau dijual tentu ada pembelinya. Tak tahu pula mereka masak masakan apa dengan ikan ini.
Peniaga mesra menunjukkan ikan yang mereka jual. Harga sotong hanya RM4 sahaja. Jauh lebih murah berbanding dengan harga sotong di semenanjung. -pendapatanda.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.