`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 22, 2014

[11 GAMBAR] Tol Sunway KESAS Terbakar, Beberapa Kenderaan Turut Musnah


Gambar kebakaran yang berlaku di plaza tol Sunway – Seafield, KM40.1 Lebuhraya KESAS yang berlaku petang tadi. 

Sebuah lori yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi.

Dalam kejadian itu, dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan termasuk sebuah Estima. Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Pemandu Lori yang melanggar tol berkenaan dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir dua kilometer.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.