`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 18, 2014

Air Force One Russia dan MH17 Boeing 777 MAS Hampir Sama!!


Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine dipercayai ditembak jatuh. Pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 295 penumpang sepatutnya sampai hari ini jam 6.10 pagi nanti.

Pihak pemerintah Ukraine termasuk presidennya menafikan pihak tentara mereka terbabit. Manakala media sosial komander pemberontak Ukraine mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut tentera tidak jauh dari lokasi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas dekat sempadan Russia. Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yang disangkakan sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang besar. 

"Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya. 

Puak pemberotak itu pernah menembak jatuh sebuah pesawat An-26 di kawasan timur Ukraine yang dikuasai mereka pada 14 Jun lalu membunuh 49 kakitangan kerajaan. 

Walau bagaimanapun saya kurang yakin dengan maklumat dan berita ini. Antaranya bentuk pesawat AN-24 dan AN-26 sangat berbeza dengan MH17.




Tetapi pesawat MH17 sangat mirip dengan Air Force One Russia. 


Adakah pihak ketenteraan Ukraine tersilap dalam membuat kiraan. Kita juga kena tahu pada ketianggian yang dilalui MH17 adalah ketianggian yang agak selesa dan kemanpuan peluru pandu yang biasa dimiliki oleh tentera sahaja boleh menjangkau ketinggian tersebut.

Wallahualam.


TEMPAYAN RETAK

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.