`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 7, 2014

Bernama nafi mesej palsu Khalid jumpa Sultan letak jawatan

Kesan daripada penyebaran berita palsu ini, para wartawan telah berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini.
81404708813_freesizeSHAH ALAM: Agensi Berita Nasional (Bernama) melalui laman sosial Twitter mejelaskan bahawa pihaknya mengesan pihak tertentu menggunakan nama Bernama bagi menyebarkan berita palsu mengenai perletakan jawatan Menteri Besar Selangor.
Awal pagi hari ini, beberapa agensi media terkeliru dengan penyebaran SMS palsu itu yang disebar melalui aplikasi Whatsapp dan menggunakan nama Bernama. Mesej palsu itu telah dinafikan oleh Sekretariat Akhbar, Pejabat Menteri Besar Selangor.
Sejak malam Ahad, sistem aplikasi Whatsapp pengamal media dipenuhi dengan maklumat palsu, kononnya Khalid akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya.
Ekoran daripada itu, para wartawan telah berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini
Khabar angin yang berlegar di laman sosial dan aplikasi Whatsapp sejak tengah malam semalam berbunyi:
“Latest dari sumber media:
“Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan mengadap ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 9 pagi esok 7 Julai 2014 bagi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Sidang media khas menyusul selepas itu.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.