`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 22, 2014

Dakwaan Kiki dimaki "Pukimak Melayu Sohai" adalah cerita bohong macai rupanya..


Bila terbaca apa yang Blogger-blogger dan Facebooker macai sebarkan sehari dua yang lalu tentang kisah sebenar kononnya tentang insiden Kiki mengamuk dengan 'steering lock' itu, aku lebih banyak tak percaya dari percaya..

Sebab utamanya ialah yang menyebarnya adalah macai.. jadi faham-fahamlah dan sebab keduanya ialah kenapa ianya tidak disebarkan ketika video insiden itu sedang menuju ke arah 'viral'?

Ini kisah sebenar versi macai..
Tahukah kita kejadian yang berlaku sebelum video itu dirakam atau telah dipadam oleh seorang lelaki cina. Menurut maklumat daripada seorang yang rapat dengan pihak Polis yang menyiasat Kiki Kamaruddin seperti berikut:  
Salam bro, just nak info satu fakta. Adik aku polis kat kuantan so dia byk dpt info pasal kes kiki.  
Berikut adalah cerita dari kiki... Disini saya ingin menceritakan punca sebenar yang menyebabkan kiki mengamuk ( tiada dalam rakaman video viral). Sebaik saja kereta Pegeot Kiki dilanggar oleh kereta toyota uncle Sim, beliau terus keluar dalam keadaan amat kecewa sebelum bergegas mendapatkan uncle sim yang masih berada di dalam kereta.  
Kira2 seminit Kiki ketuk cermin pintu kereta tersebut bagi menyuruh uncle tersebut keluar.. Sebaliknya uncle tu hanya menurunkan cermin dan berkata " sikit saja ma, kasi cincai lorh". Kiki yang tidak puas hati terus ketuk cermin terbabit kali ni agak kuat. Uncle tersebut kemudiannya mengeluarkan not RM50 dan paksa kiki ambil.  
Akibat berasa tercabar dengan tindakan uncle yang tak sporting tu, Kiki terus mengambil lock stereng dan mengetuk kereta terbabit.  
Sebenarnya tindakan kiki bukanlah hendak mencederakan uncle sim. Sebaliknye mahu uncle sim keluar. Sebaik saja uncle keluar.. Kiki teros merampas kunci kenderaan toyota terbabit. Uncle yang terkejut dgn tindakan kiki tersebut telah terlepas cakap mengatakan "pukimak melayu sohai".  
Dan berlakulah tindakan yg tidak terkawal bila Kiki mengamuk seperti yang dirakam dalam video viral.  
Hal yang sebenarnya Kiki mengamuk bukanlah sebab kenderaannya dilanggar sebaliknya tindakan celupar uncle tersebut menghina bangsa Melayu.  
Pendedahan ini bukanlah untuk menyemarakkan api perkauman tetapi sebagai pengajaran kepada bangsa Melayu supaya jangan terlalu cepat menghina bangsa sendiri hanya melihat video yang dimuatnaik oleh bangsa cina.

Dan apa yang disebarkan oleh macai-macai itu terbukti mengarut dan hanya cerita rekaan semata-mata..
 
Dakwaan Kiki dihamun mengarut 
Kuantan: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa. 
Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil. 
"Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya. 
Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab. 
"Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya.

Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. 
Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman.

Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok lapor myMetro
Alahai macai.... cerita tak masuk akal pun pakat percaya dan sebar.. mungkin kerana mereka tak ada akal agaknya..  sebab itulah.. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.