`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 26, 2014

Foto Letupan Bom Di Betong - Polis Nasihat Jangan Pergi Ke Sana



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, meminta orang ramai supaya mengelakkan diri daripada menuju ke wilayah Betong, dalam masa terdekat, berikutan insiden pengeboman di sana, petang tadi. 

Katanya, keadaan di Betong, Thailand, yang terletak bersempadan dengan Pangkalan Hulu, Perak, pada masa ini adalah amat merbahaya dan tidak menentu. 

"Saya ingin nasihatkan semua rakyat Malaysia yang mempunyai perancangan ke Betong, untuk melawat saudara-mara dan sahabat handai mereka supaya menangguhkan atau membatalkannya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas mereka," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi bagi mengulas keadaan semasa di sana. 




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.