`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, July 20, 2014

KETUA POLIS NEGARA SAHKAN WANITA YANG PAKAI BAJU KELAWAR ADA AYAT AL-QURAN ADALAH SEORANG WARGA KOREA DAN BELI BAJU BERKENAAN DI INDIA.


Sehari dua ini ada macai yang cuba nak menjadi hero cuba ambil kesempatan main api perkauman kononnya ada seorang wanita Cina memakai baju kelawar tertulis ayat-ayat Al-Quran.

Ada yang sampai cabar para wira keyboard untuk terjah perempuan itu sampai kerumah sepertimana yang dialami Kiki Kamaruddin @ Kak Long CDM 25.

Akhirnya KPN sendiri melalui akaun twitternya berkicau dengan ayat .. @PDRM dah mula siasat kes 'makcik' tu . Dia Korean, baru sampai sini, beli baju  tu di India. Biar kita siasat lanjut. Seamua bersabar lah.

Akhirnya yang cuba nak api-apikan isu ini amat kecewa sekali .. Jelas jangan terlalu gopoh dan gelojoh kalau tujuan dan nawaitu itu sekadar mau mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara .. cuba nak menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Dalam hal ini PDRM juga harus siasat para penggiat siber yang cuba melakukan khianat dengan menyebarkan kabar dan kisah palsu yang diputar belit demi kerakusan rasis yang tiada sempadan dan kenal dan hormat undang-undang dan perlembagaan negara.

Tahniah kepada PDRM dan KPN kerana bertindak tenang, tegas dan pantas dalam menangani isu ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.