`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, July 21, 2014

MAK NYAH TAK SEMPAT DILIWAT

Ketika umat Islam rancak mengerjakan solat tarawih, masih ada lelaki bernafsu songsang tergamak melanggan mak nyah di Lorong Kereta Api, dekat sini.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, tiga mak nyah bersama seorang pelanggan dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam Ops Nyah ketika leka berurus niaga.

Manakala beberapa mak nyah lain bertempiaran lari menyelamatkan diri menaiki motosikal pelanggan, ada juga menyorok dalam semak berhampiran landasan keretapi berkenaan.

Malah seorang pelanggan berusia 26 tahun juga tidak sempat melanggan mak nyah berusia 29 tahun.



Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki bujang terbabit dicekup bersama seorang mak nyah.

“Turut ditahan dua mak nyah bukan beragama Islam manakala seorang mak nyah dikenali sebagai Nik dikatakan kerap keluar masuk dari negeri ini dengan Thailand untuk bersosial.

“Meskipun sudah ditahan anggota penguat kuasa sebanyak tiga kali, namun mak nyah berkenaan dilihat tidak serik melakukan kesalahan sama,” katanya.

Mohd Roshidi berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati kegiatan mak nyah di lorong berkenaan tidak pernah berhenti sebaliknya rancak berlangsung meskipun di bulan puasa.

Katanya, mereka mengambil kesempatan semasa waktu solat tarawih untuk melakukan kegiatan tidak bermoral sekali gus mencemarkan kesucian Ramadan ini.

"Kegiatan mak nyah didapati tetap mendapat sambutan hangat terutamanya geng motosikal apabila mereka dilihat asyik berurus niaga pada bulan puasa ini.

“Sebelum dilepaskan, beberapa mak nyah dan pelanggan terbabit diberi nasihat supaya menyedari kesilapan mereka dengan harapan pulang ke pangkal jalan,” katanya.

Katanya, jika sabit kesalahan, mereka yang terbabit akan dikenakan denda RM1,000 ataupun enam bulan penjara di bawah Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.