`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 8, 2014

Najib patut pecat Zahid Hamidi yang Mahkamah Perseketuan sahkan bagi rasuah.

Takkan kut kenyataan Ketua Hakim Negara tak boleh jadi bukti yang Zahid memang bersalah bagi rasuah. Memalukan kut Malaysia ada menteri yang disahkan oleh Mahkamah Persekutuan bagi rasuah.


Malaysiakini melaporkan:
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan kemenangan bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh di Perak apabila Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak dua rayuan untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen itu.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mempengerusikan panel lima hakim, sebulat suara menolak rayuan dikemukakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Madhi Hassan dan seorang pemilih berdaftar, Azmi Sulaiman. - Mkini.
Juga dilaporkan:
Beliau berkata kedua-dua perayu menyatakan 19 April 2013, sebagai tarikh Ahmad Zahid didakwa melakukan rasuah sebagai seorang calon pilihan raya.

Bagaimanapun, 19 April adalah tarikh menjelang penamaan calon bagi pilihan raya umum pada 2013 dan Ahmad Zahid masih belum menjadi calon pada tarikh berkenaan, katanya.

Madhi mendakwa Ahmad Zahid terlibat dalam rasuah dengan memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras yang tertera loga BN menerusi seorang bernama R. Supramaniam dan seorang lagi bernama Mustofa Saifudin, pemilih berdaftar di kawasan itu.
Maknanya panel 5 hakim tu mengesahkan yang Zahid Hamidi memang bagi rasuah. Cumanya kemenangan dia pada PRU13 haritu saja tak dibatalkan pasai dia bagi rasuah tu sehari sebelum dia disahkan sebagai calon.

Untuk PRU13 hari penamaan calon pada 20 April, hari pengundian awal pada 30 April dan hari mengundi pada 5 Mei 2013.

Isunya sekarang ni, adakah SPRM akan mendakwa Zahid atas kesalahan bagi rasuah. Takkan kut kenyataan Ketua Hakim Negara tak boleh jadi bukti yang Zahid memang bersalah bagi rasuah. 

Cumanya semua tau yang SPRM takkan berani punya nak dakwa Zahid. Memang jadi 'gilababi' la Menteri Dalam Negeri yang jaga polis didakwa pasai rasuah.

Isu lagi satu, adakan Najib akan gugurkan Zahid dari jawatan sebagai menteri. Memalukan kut Malaysia ada menteri yang disahkan oleh Mahkamah Persekutuan bagi rasuah tapi masih dikekalkan sebagai menteri.

Yang ni pun semua orang tau kut Najib bukan tau malu. Macam kes 'lenbu kondo' Shahrizat dulu, bila dah teruk sangat jadi isu baru Najib 'rehatkan' Shahrizat. 

Tapi bila keadaan dah 'reda' Najib 'bersihkan' terus nama Shahrizat dengan lantik dia jadi sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita, jawatan bertaraf menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.