`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 10, 2014

Sekali Najib Berdehem, Terkencing Bung Mokhtar

PETALING JAYA: Datuk Bung Mokhtar Radin pada Khamis memohon maaf berikutan 'tweet' Hitler yang dihantarnya selepas kemenangan pasukan Jerman ketika menentang Brazil dengan jaringan 7-1 dalam perlawanan Piala Dunia 2014.

"Apabila Jerman menewaskan Brazil, saya berkata sesuatu tanpa niat telah menyinggung rakyat di Jerman. Saya dengan ikhlas memohon maaf," kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu menerusi 'tweet'nya pada pagi Khamis.


Selepas beberapa minit, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi respons di Twitter terhadap kontroversi itu dan menyatakan: "Komen-komen yang dibuat oleh Datuk Bung Mokhtar tidak boleh diterima dan salah, dan beliau akan menarik balik kesemua kenyataan itu.

"Beliau tidak bercakap mewakili Malaysia, atau mewakili rakyat Malaysia, yang memahami kisah tragik yang lampau di Eropah, dan menghormati perpaduan hari ini.

"Ia sepatutnya merupakan waktu meraikan kegembiraan buat Jerman, kita mengucapkan selamat maju jaya pada perlawanan akhir," kata Najib.

Pada pagi Rabu, sebaik sahaja berakhir perlawanan Jerman menentang Brazil yang menyaksikan negara tembok Berlin itu berjaya menyingkirkan Brazil 7-1 dalam saingan Piala Dunia 2014, Bung menghantar tweet yang berbunyi, "Tahniah! Panjang Umur Hitler."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.