`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 4, 2014

Shahrizat gesa kerajaan tangani isu pembantu rumah asing

Kerajaan perlu menetapkan kadar harga standard untuk pengambilan PRA iaitu dalam lingkungan RM5000
shahrizat jalilKUALA LUMPUR – Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Pergerakan Wanita Umno Malaysia menggesa pihak Kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan tegas dan segera bagi menangani tiga teras yang telah dikemukakan sebagai memorandum berkaitan pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA).
Menurut beliau teras pertama yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan ialah penetapan harga standard bagi pengambilan PRA.
“Kerajaan perlu menetapkan kadar harga standard untuk pengambilan PRA iaitu dalam lingkungan RM5000 agar tidak membebankan majikan.
“Penetapan kadar ganti rugi yang perlu dibayar oleh ejen berdaftar kepada majikan juga perlu sekiranya pembantu rumah lari, tidak berkualiti, atau mempunyai masalah kesihatan mental dan fizikal,” katanya kepada FMT dalam satu sidang media.
Shahrizat menambah teras kedua yang perlu diberi perhatian ialah memperkasakan proses pelaksanaan dan penguatkuasaan bagi memastikan hanya PRA yang berkemahiran, berkualiti tinggi dan komited diambil bekerja di Malaysia setimpal dengan bayarannya.
“Sekiranya timbul isu berhubung pembantu rumah lari, tidak berkualiti atau mempunyai masalah kesihatan mental, majikan boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas ejen,” jelasnya.
Teras ketiga yang perlu ditangani oleh kerajaan pula ialah mengujudkan ‘One Stop Centre’ yang melibatkan beberapa agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).
“One-Stop Centre bertindak sebagai pusat untuk merekodkan data dan butiran pembantu rumah dan majikan bagi memantau pergerakan pembantu rumah tersebut.
“One Stop Centre perlu memainkan peranan yang neutral dan tidak melebihkan mana-mana pihak dalam memberi bantuan sosial termasuk bantuan guaman, kewangan, perubatan dan kebajikan kepada pembantu rumah atau majikan yang bermasalah,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.