`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, July 18, 2014

Tabung masjid tak perlu dikunci


Surau tempat saya kalau letak tabung memang tidak dikunci, ALLAH yang jaga. Pencuri ni kalau tengok tabung berkunci lagi mereka nak pecahkan. Kalau tabung tak berkunci samada mereka akan pecahkan, atau mereka akan ragu-ragu nak ambil duit yang ada dalam tabung yang tidak berkunci. Yakin pada ALLAH saja, kerana manusia semakin lupa pada ALLAH.  Ada masa bila tak  letak tabung, bila ada orang nak derma, jumpa duit bawah sejadah, bawah pintu, beri atas tangan. Yakinlah rezeki ALLAH yang beri. Kita hanya perlu ALLAH, tak perlu CCTV.

Lapan tabung masjid dipecahkan
18 Julai 2014

UMBAI - Lapan tabung termasuk lima tabung bergerak milik Masjid Lama Al-Khausar Umbai dipecahkan dua individu, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, pergerakan dua individu itu yang berusia dalam lingkungan awal 20-an dirakam kamera litar tertutup (CCTV)  dalam masjid berkenaan.

Dipercayai dua individu berkenaan meletakkan motosikal mereka berdekatan kawasan perkuburan Islam Umbai sebelum menceroboh masuk ke dalam masjid melalui pintu belakang.

Ahli jawatankuasa masjid, Farid Malik, 39, berkata, pihaknya menyedari kejadian itu setelah jemaah datang ke masjid untuk menunaikan solat subuh dan melihat dua tabung besi yang diletakkan berhampiran pintu utama terbuka.

Menurutnya, individu terbabit turut mengumpil salah satu jeriji tingkap bagi membolehkan mereka membawa lima tabung bergerak ke bahagian solat Muslimat.

"Tabung bergerak yang dipecahkan adalah tabung yang diagihkan ketika solat Jumaat, selain tabung besi yang yang diletakkan statik dalam masjid.

"Ini bukan kejadian pertama kes curi wang tabung masjid  berlaku sejak ia diwujudkan lebih 150 tahun lalu dan ekoran itu, pihak masjid memasang beberapa CCTV," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Farid berkata, melalui rakaman CCTV berkenaan, pihaknya mendapati dua individu terbabit adalah orang luar.

Melalui rakaman CCTV selama sejam itu turut memaparkan beberapa aksi individu terbabit dalam usaha untuk memecahkan tabung berkenaan sehingga berjaya membawa lari wang tabung berkenaan yang berakhir kira-kira jam 3.30 pagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.