`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, July 5, 2014

Trajedi SURAT di KLUANG : Nak sedekah makanan kat mangsa banjir BN letak logo boleh pulak..!!

Hong Pin bersama Khairul Faizi ketika melihat rakaman yang diambil sewaktu mereka dihalang mengedarkan kurma.  
Hong Pin bersama Khairul Faizi ketika melihat rakaman yang diambil sewaktu mereka dihalang mengedarkan kurma. 

KLUANG - DAP Kluang meluahkan rasa kesal apabila hasrat mengedarkan kurma kepada peniaga di bazar Ramadhan Bandar Kluang di sini tidak kesampaian kerana mereka dikatakan telah ‘dihalau’ sekumpulan anggota keselamatan bazar berkenaan.

Adun Mengkibol, Tan Hong Pin berkata, pihaknya tidak menyangka rombongannya bersama Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong ke bazar berkenaan dihalang dan aktiviti ziarah serta mengedarkan kurma terpaksa dibatalkan disebabkan perkara berkenaan.

Beliau berkata, rombongannya ditahan sekumpulan anak muda yang mendakwa sebagai petugas keselamatan bazar Ramadhan.

“Mereka (petugas) mendakwa rombongan kami sebagai menceroboh masuk ke kawasan bazar dan menghalau kami keluar dari situ kerana tidak memiliki surat kebenaran daripada pihak penganjur.

“Kata-kata dikeluarkan petugas berkenaan membuatkan kami rasa tidak selesa dan niat kami adalah baik untuk mengedarkan kurma bukannya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik," katanya.
Hong Pin berkata, sememangnya setiap tahun apabila tiba bulan Ramadhan, pihak Pusat Khidmat Kluang akan turun padang mengedarkan kurma kepada peniaga di bazar Ramadhan.

"Kami tidak menyangka kedatangan kami mendatangkan kemarahan mereka sehingga bertindak menghalau kami dan halang daripada mengedarkan kurma,” katanya.

Beliau ditemui dalam sidang media di Pusat Khidmat Kluang, di sini, semalam.

Turut sama, Yang Dipertua Pas cawangan Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Hong Pin berkata, pihaknya mengamalkan sikap tidak melawan kerana tidak mahu bermusuhan antara satu sama lain.

Beliau berharap pihak bertanggungjawab dapat memberikan penjelasan berhubung situasi itu.

“Niat kami baik tetapi telah disalah anggap sesetengah pihak sehingga tidak boleh bertemu rakyat khususnya para peniaga di bazar Ramadhan di bandar Kluang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Umno bahagian Kluang, Mohd Nor Halim Md Amin berkata, pihaknya tidak menghalang Ahli Parlimen Kluang turun padang berjumpa rakyat di bazar Ramadhan.

Beliau berkata, pihaknya hanya menghalang sebarang cubaan mengedarkan risalah dan makanan kepada peniaga dengan meletakkan logo parti.

“Setakat mengedarkan kurma tanpa meletakan logo parti tiada masalah, asalkan bukan atas tiket parti.

"Apa yang berlaku, kurma yang diedarkan Isnin lalu dilekatkan dengan logo parti, pihak kami tanpa sebarang soal akan menghalang tindakan ini,” katanya menjelaskan permasalahan yang berlaku di bazar Ramadhan bandar Kluang, petang Isnin lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.