`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, July 25, 2014

Zulhelmi gondol pingat perak pertama untuk Malaysia.

Anak jati Pulau Pinang ini berasa cukup teruja dengan kemenangannya.
Zulhelmi_sports_300PETALING JAYA: Zulhelmi Md Pisol memenangi pingat perak dalam acara angkat berat (56kg) kategori lelaki di Presint SECC, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, semalam. Beliau memberi kejutan apabila muncul sebagai pemenang pertama mewakili Malaysia di dalam Sukan Komanwel kali ini. Anak jati Pulau Pinang ini berasa cukup teruja dengan kemenangannya.
“Saya masih baru di dalam arena ini dan saya sudah jangkakan ia adalah persaingan yang cukup sengit dari senior berpengalaman,” katanya.
“ Namun, saya tidak berpuas hati dengan prestasi saya kali ini kerana saya telah mengangkat 140 kg semasa sesi latihan terdahulu.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut memuji Zulhelmi dan beliau mengatakan anak muda ini bersungguh-sungguh mendapat semangat dari orang berpengalaman.
“Biarpun beliau ketinggalan di belakang, tetapi beliau menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi untuk menang dalam acara ini. Saya yakin bahawa atlit-atlit lain juga bakal membawa pulang pingat emas untuk acara akan datang,” ujar Khairy.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.