`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 12, 2014

3 orang ADUN PKR ini yang 'menghilangkan diri' menunggu masa untuk mengisytiharkan keluar dari PKR?

Dalam perkembangan lain, sumber dalaman PKR memberitahu 3 orang ADUN PKR yang sebelum ini diberitakan telah 'menghilangkan diri' kini hanya menunggu masa untuk mengisytiharkan diri keluar dari PKR. Mereka tidak bersetuju dengan tindakan pucuk pimpinan PKR yang rakus dan tidak berfikir panjang memecat Khalid Ibrahim, sungguhpun Khalid terlalu banyak berjasa kepada parti tersebut, selain mahukan Khalid kekal sebagai MB Selangor.
Satu pertemuan telah diadakan sebelum ini dan ketiga-tiga ADUN PKR tersebut menjadi pencetus kepada beberapa orang ADUN PKR lain untuk menyuarakan keberanian mereka, meskipun mereka diancam saman RM5 juta sekiranya berbuat begitu.

Adakah benar ketiga tiga Adun PKR itu kesemuanya yang juga merupakan Exco negeri yang dilantik Khalid Ibrahim akan mengambil tindakan keluar parti dan menjadi ADUN bebas?

Ketiga-tiga Adun tersebut ialah :

Adun Bukit Lanjan - Elizabeth Wong
Adun Sementa - Dr Daroyah Alwi
Adun Batu 3 - Rodziah Ismail

----------------------------

Wan Syamsul Amly
KUALA LUMPUR: Krisis Selangor dilihat semakin meruncing apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Selangor dikatakan akan meninggalkan parti dan menyertai Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.

Belum pun sehari selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB, difahamkan tiga ADUN PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, terutama terhadap Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber dalaman PKR, ADUN berkenaan juga akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat selain mahu bersama di bawah pentadbiran Abdul Khalid.

"Kebanyakan pimpinan PKR juga tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang melantik isterinya sendiri yang juga Presiden PKR sebagai calon MB.

"Namun semua masih tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana bimbang hilang jawatan dalam PKR. Bagaimanapun, beberapa ADUN yang berani akan mengambil langkah meninggalkan parti," kata sumber itu.

Pada Isnin, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai MB Selangor.

Abdul Khalid pada petang Isnin menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, dia kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Bagaimanapun Abdul Khalid dalam sebuah portal turut menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletak jawatan.

Jelasnya, dia akan bertemu 10 exco Selangor pada Selasa untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau meletak jawatan.

Sebelum ini, pemerhati politik melihat Abdul Khalid berdepan laluan mencabar jika tetap dengan pendiriannya untuk tidak melepaskan jawatan nombor satu di negeri itu.

Abdul Khalid, tokoh politik yang 'muncul' dalam arena politik menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ijok pada 2007, antara lain perlu menghadapi ADUN Selangor khususnya daripada PKR yang telah "menyahkan" beliau daripada kepimpinan politik Selangor.

PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu pada Sabtu. 
-Astro-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.