`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 26, 2014

Aduan Rasmi Disiplin terhadap Adun Hulu kelang Dan Adun morib



Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan melalui Mesyuarat Perhubungan PAS Kali ke 8 , bertarikh 25hb Ogos 2014 bersamaan 28hb Syawal 1435 dengan ini memutuskan untuk mengemukakan aduan rasmi kepada pihak PAS Pusat berkenaan isu dua Adun dari PAS yang didapati telah mengkhianati keputusan yang telah di buat oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

Dua Adun yang dimaksudkan itu ialah Adun Hulu Kelang YB Shaari Sungib dan Adun Morib, YB Hasnul Baharuddin. Mereka berdua telah bertindak mengkhianati keputusan parti dengan bertindak memberikan sokongan yang ditafsirkan secara langsung atau tidak langsung menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.


Tindakan kedua-dua Adun tersebut telah melanggari perkara-perkara berikut :

1- Bertindak menderhakai secara sengaja keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS yang merupakan institusi teras kepada Parti Islam SeMalaysia PAS.

2- Secara literal dan teknikalnya telah memberikan wala' kepada institusi yang bukan daripada Parti Islam Semalaysia ( PAS ) dalam suasana PAS memerlukan sokongan padu dari seluruh ahli PAS dari pelbagai lapisan kepimpinan dan ahli.

3-Bertindak biadap terhadap Parti Islam SeMalaysia PAS yang dianggotai oleh kedua-dua Adun tersebut dengan memberikan kenyataan yang secara teknikalnya merupakan satu ugutan untuk keluar dari parti sekiranya parti tidak mengikut kemahuan mereka. Ianya merupakan satu penghinaan kepada parti PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato' Mursyidul Am dan Tuan Guru Dato' Seri Presiden PAS.

4-Sikap mereka berdua merupakan satu precedent yang tidak baik dan boleh mengundang bencana kepada Gerakan Islam PAS yang sememangnya amat menitik beratkan soal tarbiah sebagai teras perjuangannya. Ianya boleh mencorakkan teladan kepada generasi selepas ini sekiranya tidak ada tindakan yang keras dan signifikan diambil.

5. PAS Wilayah Persekutuan dengan ini juga turut mendesak agar tindakan yang segera mesti diambil dibawah fasal 82 Perlembagaan PAS ke atas kedua-dua Adun tersebut untuk mengelakkan virus aids haraki ini terus merebak dalam gerakan Islam PAS ini.

Sekian, terima kasih

"Rahmat Untuk Semua"

Hj. Mohamad Noor Mohamad
Pesuruhjaya,
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.
26hb Ogos 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.