`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, August 16, 2014

Akibat Terlalu banyak Baca Komik



Agak nya perkara ini terlalu sukar untuk difahami. Inilah akibatnya bila terlalu banyak membaca komik gila gila. Atau baca 2-3 muka surat setahun. Atau ingat memadai menulis kebijaksanaan yang didapati dari perbualan dikedai mamak.

Isiu Khalid Ibrahim pada saya mudah.
·      
  Pertama Khalid Ibrahim ini bebal atau tidak? Jawatan MB ini bukan suatu jawatan yang dipilih secara lansung oleh rakyat. parti yang mana kamu jadi ahli telah mencadangkan nama kamu sebagai MB dan cadangan itu pula disetujui oleh rakan2 lain. Maka kamu jadilah MB.
·        
Apabila parti yang menjadi penaung kamu sudah tidak ada lagi keyakinan terhadap kamu, dan memutuskan supaya kamu diganti, kamu sepatutnya secara hormat dan muliakan diri, berundur.
·        
Parti2 lain yang dahulu nya bersetuju dengan parti penaung, mestilah ada keyakinan keatas tindakan yang diambil oleh parti tersebut.
·       
 Adalah salah dari segi prinsip, parti lain pula yang menjadi galang ganti mempertahankan seorang yang partinya sendiri tolak.

Adalah menjadi suatu yang memalukan, sesudah tidak ada mandate daripada parti kamu, kamu kesana sini menjual cerita hiba kamu untuk mendapat simpati dari pihak lain. Dan pihak lain pula tidak ada presence of mind untuk merujuk perkara tersebut daripada parti yang menaungi pengadu yang melalak sana sini.

Kenapa Khalid berdegil sangat untuk kekal jadi MB. Adakah nyawa nya bergantung kepada jawatan tersebut? Adakah jika tidak jadi MB, dia akan masuk jel?

Adakah ianya bersangkut paut dengan cara misteri dia menyelesaikan hutang RM66 juta nya? Khaid tak boleh kata ini perkara peribadi. Bila berhutang dahulu, Khalid was a nobody. Dia hanya seorang yang telah diberi saham Guthrie dan mahu mencagar saham tersebut untuk membiayai pembelian saham Guthrie. Bila dia mahu lunaskan hutang, dia berjawatan MB. Adakah kah orang ingat, Rashid Manaf mahu melayani Khalid Ibrahim kalau dia hanya seorang adun dari Ijok atau pelabuhan Kelang?

siapa yang membayar hutang ini? Khalid kata dia pinajm dari bank lain untuk bayar hutang dengan bank Islam. Saya tidak pernah dengar ada bank lain membeli suatu bad loan dari bank lain. Apa cagaran yang Khalid boleh beri kepada bank baru tersebut?

Adakah dia takut cerita sebenar penjualan tanah kepada Tropicana dan kemudian Tropicana jual pula kepada Ecoworld akan terdedah? Jika terdedah ianya akan mendedahkan bagaimana crook nya si Kalid ini.

Tropicana dan Ecoworld adalah business oligarchs. Adakah Khalid sebenarnya berkhidmat untuk kepentingan business oligarchs ini?

Pertama tanah ratusan ekar itu dijual kepada Danny Tan pemilik Tropicana secara bayaran installment. Selama 20 tahun. Si Danny Tan membayar pendahuluan hanya RM50juta. Setahu saya jika bayaran belum disempurnakan, hak milik masih dalam tangan kerajaan.

Jika demikian, bagaimana Tropicana boleh jual kepada Ecoworld pada harga yang berlipat ganda tanpa menyerahkan hak milik?Tropicana sebetulnya menjual asset kerajaan. Jika Khalid membenarkan ini terjadi dia telah commit breach of trust. bagaimana ini boleh terjadi kecuali dengan izin MB? Bererti MB telah terlibat dalam transaksi yang mencurigakan.

Tapi ini semua butiran2 mengenai tindakan2 yang mencurigakan. Ianya akan terburai kelak.

Prinsip asasnya ialah:- Jika parti yang nominate kamu sudah menarik balik nomination tersebut, maka adalah perkara yang terhormat lagi mulia kamu berundur. Ini bukan suatu pengwarisan dari bapak kita.

Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.