`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 24, 2014

BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT MALAYSIA TERUTAMANYA PARA PENGKAGUM TUN MAHATHIR ... UTUSAN KINI ARAHKAN MUNCUNG MERIAM KARATNYA KEPADA MAHATHIR SEBAB TARIK BALIK SOKONGAN KEPADA NAJIB.



Utusan Malaysia hari ini mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan perdana menteri kini berdepan dengan lanskap politik lebih mencabar berbanding era sebelumnya.

Mengulangi kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, akhbar milik parti Melayu itu menggunakan contoh cara pengurusan krisis Penerbangan Malaysia Airlines MH17 sebagai contoh kejayaan pentadbiran Najib.

“Kini Najib menerajui negara dalam landskap politik yang jauh lebih mencabar berbanding era-era sebelum ini,” tulis Awang Selamat dalam edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.

“Maka beliau perlu disokong atas banyak faktor. Antaranya prestasi pentadbiran beliau setakat ini tidak mengecewakan termasuk mengurus krisis seperti MH17.”

Menurut Awang Selamat, walaupun Dr Mahathir mempunyai hak untuk menyuarakan pandangannya, tindakan menarik kembali sokongan terhadap Najib tidak kena pada masanya.

“Kali ini ramai tersentak kerana Dr Mahathir mengumumkan beliau menarik balik sokongan kepada Najib. Pada Awang, tindakan itu tidak kena pada masanya tetapi itulah Dr Mahathir.

“Syukur kerana Najib seperti biasa – sabar, tenang dan tidak melatah. Perdana menteri sudah terbukti mempunyai rekod baik dalam menangani kritikan para pemimpin, termasuk Dr Mahathir,” katanya.

Awang Selamat berkata, masyarakat Melayu di peringkat akar umbi tidak mahu melihat perpecahan yang hanya akan merugikan mereka.

“Mesej sokongan Umno kepada Najib dalam isu ini sudah jelas kepada semua. Sebarang reaksi keterlaluan tidak akan membantu. Janganlah kocakkan lagi suasana,” tulisnya kumpulan pengarang Utusan Malaysia itu lagi.

“Awang akan terus menyokong Najib (sama keadaannya ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri).”

Dr Mahathir pada Isnin mengumumkan di blognya www.chedet.cc beliau menarik kembali sokongan yang diberikan terhadap Najib kerana prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada prestasi buruknya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Saya tidak ada pilihan selain menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," kata Dr Mahathir melalui tulisan di blognya, www.chedet.cc.

"Harapan saya Najib akan mengambil iktibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka prestasi perdana menteri semasa PRU13 akan menjadi lebih buruk daripada Abdullah dalam PRU12 pada 2008.


ULASAN OMAK KAU:-

Para pengkagum dan pentaksub tegar Tun Dr Mahathir kena bangkit mempertahankan beliau.

Apa yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir dalam isu ini adalah berfakta dan sahih bukannya luahan hati ikut emosi.

Nampaknya Utusan bertindak menyokong padu Najib bukan atas dasar kebenaran tetapi berpaksi atas kapisiti beliau sedang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri .. Seakan-akan bagi Utusan siapa pemimpin yang sedang memegang tampuk kuasa apa yang diucapkan adalah benar lagi sahih .. pihak lain walaupun sudah memegang kuasa selama 22 tahun dianggap sebagai sampah sahaja.

Sedang kebenaran tidak semestinya dari pemimpin yang dijulang kadang-kadang ianya datang dari pihak lawan apa tah lagi kalau ianya dari bekas perdana menteri selama 22 tahun.

Benar tetap benar .. Kebenaran Jangan di Ketepikan dan Kesalahan Jangan diPerapkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.