`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 4, 2014

Biadap - Kena Buli KAW2 Dengan Kakitangan Pejabat Tanah.

Berlaku di Marang.



Sapa yang baca juga akan rasa menyirap. Dengan aku2 rasa menyirap.

Luahan dia yang aku petik semula dan susun dalam bentuk point2 bagi memudahkan pemahaman ;

1. Pihak pengadu dapat wang ehsan. Bantuan untuk perbelanjaan hari raya gamaknya.

2. Rupa2nya no IC dalam slip salah. 

3. Maka individu tersebut merujuk semula kepada pejabat tanah dan daerah Marang.

4. Si pengadu minta dikeluarkan slip baru berikutan salah no IC tadinya tue.

5. Tapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. Pegawai yang serve aduan tersebut hanya membuat sedikit pembetulan pada no IC yang salah dan cop untuk pengesahan.

6. Sebelum itu telah diterangkan kepada pegawai tersebut. BANK hanya mahu memproses bayaran ke atas slip yang tanpa kecacatan/kesilapan data keatasnya.

7. Kelihatannya pegawai dari pejabat tanah dan daerah itu enggan berkompromi dan menguruskan aduan tersebut dengan sepatutnya.

8. Selepas dibetulkan no IC dan dicop, si pengadu pun pergi la semula ke BANK tersebut dengan harapan dapat diuruskan permohonan tetapi HAMPA. Bank tidak mahu memproses permohonan disebabkan data slip tidak tepat.

Yang sebenarnya. Kalau setakat cop. Dan edit balik guna pen. Sapa2 pun boleh buat di zaman serba canggih neh. Tue sebab BANK taknak amek risiko. Si pegawai daerah neh takde akal ka nak fikir? Apa salahnya ko masuk dalam SISTEM dan REEDIT balik NO IC and print out baru satu untuk si pengadu? Alamak ai..

9. Then. Sekali lagi si pengadu menuju ke pejabat daerah untuk zahirkan aduan.

10. Kali neh entah apa anginnya dia kelihatan agak marah.

11. Orang lain ada masalah orang lain pula yang marah. Apa kau neh.

12. Instead of uruskan aduan tadi, si pengadu telah diberikan wang sebanyak rm1.00. Untuk buat persiapan raya selepas si pengadu bagitau yang wang tersebut nak digunakan untuk perbelanjaan raya.

Nampak?

Pegawai daerah tue nak proses aduan selepas hari raya. Dia taknak buat ketika itu. Agaknya tengah meroyan kot tadi tue.

HAHA.



Ini cuma satu contoh kes sahaja. Aku rasa inila antara sikap pegawai2 daerah, majlis ataupun staff pejabat tanah yang orang tak suka.

Kami neh tertindas. Tak payah cakap di MARANG. Bahkan aku sanggup tawarkan KEPALA aku sebagai GANTI. Ia berlaku di SELURUH MALAYSIA.

Macam2 penindasan dan hak rakyat biasa macam kami dinafikan hanya kerana kami ;

- TAK BERDUIT.

- BUKAN KRONI.

- BUKAN SEDARA MARA.

Yang buat kedai, sewakan pada kroni. Sedara sendiri.

Kadang2 buat urusan pun nampak sedara sendiri, uruskan hal sedara sendiri dulu. Ingat masa sedara kau je penting? Masa aku tak penting?

Permohonan tanah semua dapat kat geng2 sendiri. Orang yang tak mampu berikan manfaat untuk depa mana mereka nak layan. KAU SAPA HAH? 

Hish hish hish.

Dari atas sampai ke bawah, rakyat ditindas.

Lue fikirlah ek sendiri.

Sumber : sini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.