`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 29, 2014

Dalam Diam Pas Selangor Hantar Senarai Calon MB Mereka Sendiri



Pendirian Pas dalam isu calon Menteri Besar semakin mengelirukan dan 'berbelit' apabila maklumat terbaharu menyatakan Pas negeri sudah mencalonkan empat nama dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan.

Ia bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali malam tadi bahawa Pas tidak akan menuntut jawatan berkenaan malah hanya mencalonkan tiga nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber dalaman Pas berkata, nama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merangkap Presiden PKR dan timbalannya, Azmin Ali juga tidak tersenarai sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat Pas negeri di sini malam tadi yang turut dihadiri Mustafa.

Empat wakil rakyat yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad; Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi; Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan.

"Senarai empat nama itu adalah mewakili suara serta kehendak kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi yang mahukan jawatan Menteri Besar diwakili pemimpin Pas Selangor.

"Pas Selangor mempunyai ramai tokoh berkelayakan untuk menduduki jawatan Menteri Besar. Selain itu, senarai tersebut mengambil kira keadaan politik semasa di Selangor ketika ini yang menyaksikan Pas telah banyak memberi pengorbanan dalam memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas sumber itu lagi, meskipun Mustafa malam tadi menegaskan Pas hanya mencalonkan nama daripada PKR, keputusan muktamad mengenainya masih bergantung kepada perbincangan di antara jawatankuasa di peringkat Pusat.

"Bagaimanapun, cadangan calon-calon Menteri Besar itu adalah daripada Pas Selangor. Terpulang kepada pertimbangan Pusat untuk menentukan langkah seterusnya yang difikirkan sesuai," ujar sumber itu.

Sementara itu, Iskandar yang ditemui pemberita hari ini menafikan penghantaran empat nama calon Menteri Besar daripada Pas negeri termasuk nama beliau, sebaliknya tegas beliau, pihaknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan dalam perkara tersebut.

"Pas Selangor tidak akan menghantar nama calon Menteri Besar. Kita serahkan kepada Pas Pusat membuat keputusan untuk diserahkan kepada Istana sebelum 3 September ini," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Usaha untuk mendapat pengesahan daripada Sallehen, Ahmad Yunus dan Mohd. Haslin tidak berjaya berikutan panggilan ke telefon bimbit mereka tidak dijawab manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas.

Selasa lalu, PKR dan DAP menerusi kenyataan bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memutuskan akan tetap mempersembahkan nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka mendakwa pencalonan Wan Azizah adalah selaras dengan konvensi pakatan pembangkang pada 2013 yang mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar.

Selain nama Wan Azizah dan Azmin, ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang mewakili PKR.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.