`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 25, 2014

DSAI AKUI SECARA TERBUKA TSKI SEORANG YANG JUJUR, AMANAH, BERJIMAT DAN TELUS .... TIDAK BERSETUJU PIHAK TERTENTU MENYERANG PERIBADI BELIAU SEBAGAI CARA PAKSA LETAK JAWATAN SEBAGAI MB SELANGOR.



SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan sumbangan dan integriti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang mentadbir Selangor.

Namun, Anwar menegaskan, seorang pemimpin seharusnya tunduk kepada perjuangan yang dibawa parti.

“Bukan jawatan yang dituntut. Saya tahu Abdul Khalid seorang yang jujur, amanah, berjimat dan telus, tetapi sebagai seorang ahli parti beliau harus mendengar dan berbincang dengan parti," katanya semasa menyampaikan ucapan amanat di Kongres Nasional PKR ke-10, semalam.

Anwar mengakui, beliau tiada masalah dengan corak pentadbiran Abdul Khalid secara amnya, walaupun kepentingan parti mungkin terabai dalam keadaan tertentu.

“Abdul Khalid sahabat saya. Saya kata dengarlah sedikit. Ini bukan soal kontrak atau jawatan tetapi soal kepedulian,” katanya.

Anwar juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu melancarkan serangan peribadi untuk memaksa Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Katanya, PKR sebaliknya bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada rakyat mengapa Adun Pelabuhan Klang itu dipecat daripada parti dan harus berundur sebagai menteri besar.

Menurut Anwar, teguran yang dibuat bersebab dan perubahan perlu dilakukan demi kebaikan.

"Perlu diingatkan dalam parti kita ada peraturan, tidak boleh langgar sesuka hati.

“Jangan pula apabila diberi ruang dan peluang untuk berbincang, parti diserang dengan melakukan tindakan-tindakan yang melanggar peraturan parti," katanya.

Anwar berkata, setiap pemimpin sama ada di peringkat cabang atau kepimpinan tertinggi harus tunduk kepada perjuangan parti.

Anwar turut meminta semua ahli PR bersatu dan muafakat, mengikut peraturan yang betul dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan dalam PR.

ULASAN OMAK KAU:-

Apakah para anggota parti terutamanya para pemimpin yang baru di nobat dan diangkat sebagai peneraju KeADILan untuk tempoh 3 tahun dari sekarang akan akur, taat dan patuh akan saranan dan perintah Ketua Umum KeADILan ini?

Apakah siri jelajah program melondehkan dan mengaibkan TSKI akan diteruskan????

Apakah tidak akan berlaku cah keting, boikot dan pulau memulau sesama anggota parti????

Adakah para pemimpin KeADILan yang terpilih akan menghulurkan ranting zaitun pada para pencabarnya semasa pemilihan lalu sebagai tanda penyatuan dan merapatkan saf?????

Rakyat dan anggota parti akan sentiasa bersangka baik jika mereka melihat gerak geri para pemimpinya menuju kearah kebaikan dan penyatuan.

Kalau perasaan dendam kesumat walau sekelumit ada bertapak didalam hati maka maaf cakap       misi ke Putrajaya akan hanya berkesudahan dengan mimpi dan ilusi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.