`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 27, 2014

Foto Panas Macai Umno Menyamar Pemuda Pas




Kira-kira 30 pemuda yang mendakwa diri mereka sebagai ahli Pas Negeri Kedah mengadakan bantahan di tempat letak kereta Masjid Sultan Muzaffar Shah kira-kira jam 3 petang, semalam.

Bantahan disuarakan melalui kenyataan kain rentang yang jelas tidak bersetuju dengan keputusan Pas Pusat yang bermesyuarat pada 17 Ogos lalu.

Antara yang disuarakan melalui kain rentang termasuk ‘Tolong batalkan keputusan Pas Pusat’, ‘Ahli Pas tidak mahu puak Anwarinas dalam Pas’ dan ‘Ahli Pas dikhianati puak Anwarinas’.

Yuslin Yusof yang mendakwa sebagai Ahli Pas Merbok menjelaskan, dia terpanggil bagi mewakili rakan dari Merbok, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan Jerai yang juga bersetuju dengan pendapat itu.

Beliau mendakwa, ahli akar umbi Pas membantah sekeras-kerasnya kenyataan terbaru apabila tidak menyokong Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kami desak agar keputusan itu dibatalkan demi maruah Pas sendiri. Kami juga beranggapan keputusan tersebut dimonopoli atau disabotaj oleh beberapa AJK Pas Pusat yang jelas tidak mencerminkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang sebelum ini menyokong Tan Sri Khalid.

“Keputusan ini jelas menggembirakan kumpulan Anwarinas yang kini bermaharajalela di pucuk pimpinan Pas Pusat.

“Keahlian Khalid dipertikaikan adalah alasan tidak masuk akal memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah ahli pembangkang sebelum 1998.

"Untuk itu, kami mendesak keputusan mesyuarat 17 Ogos lalu dibatalkan ,” dakwanya.

Bagaimanapun, ketika Sinar Harian ingin menemu ramah beberapa pemuda lain yang mendakwa mereka adalah ahli Pas, masing-masing keberatan.

Pemuda yang mendakwa diri mereka ahli Pas itu, pada mulanya sibuk berkumpul, bagaimanapun enggan ditemu ramah dan masing-masing cuba meninggalkan kawasan itu dengan segera apabila didekati wartawan.

- omakkau

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.