`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 26, 2014

" Gagal Membayar Sewa Banglo. Barangan Rumah ADUN Negeri Sembilan Ini Disita "



BANDARAYA MELAKA - Barangan rumah bernilai lebih RM5,000 milik seorang Adun disita pagi semalam berikutan kegagalan Adun berkenaan menjelaskan sewa banglo di sini, berjumlah RM24,000 semenjak November lalu.

Peguam plaintif, Zora Jan Mohd Newaz berkata, operasi sita di kediaman terbabit dibuat berikutan satu perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 24 Julai lalu.

Menurutnya, satu notis tuntutan telah dikemukakan kepada Adun Negeri Sembilan itu, di mana beliau diberi tempoh sebulan untuk menjelaskan sewa tertunggak itu.

“Bagaimanapun, satu perintah mahkamah dikeluarkan bulan lalu selepas beliau gagal akur,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, kata Zora Jan, barangan yang disita pagi semalam dijangka akan dilelong pada 5 September depan. SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.