`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 13, 2014

Ganabatirau dilarang memasuki pejabat SUK

Beliau juga difahamkan bahawa beliau tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Exco hari ini.
V-GanabatirauSHAH ALAM: V. Ganabatirau, antara enam exco daripada DAP dan PKR yang dipecat Menteri Besar Selangor Tan Sr Khalid Ibrahim semalam, hadir ke pejabat SUK hari ini dan menimbulkan sedikit kekecohan di pekarangan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.
Ganabatirau ketika diserbu pemberita menjelaskan bahawa beliau menerima panggilan dari dewan SUK malam tadi dan dimaklumkan bahawa dia dipecat dari jawatan Exco dan tidak lagi dibenarkan memasuki pejabat SUK hari ini.
“Saya menerima panggilan dari dewan pada jam 9 malam bagi memaklumkan saya telah dipecat sebagai Exco dan tidak dibenarkan memasuki pejabat mulai hari,” katanya sewaktu ditemui media di lobi SUK hari ini.
Namun katanya beliau hadir ke pejabat bagi menyelesaikan kertas kerja dan beberapa urusan yang tertangguh di bawah pengurusannya.
“Saya juga difahamkan bahawa saya tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Exco hari ini.
“Saya datang hari ini sebab ada paperwork yang belum settle lagi,” katanya lagi yang tiba di perkarangan pejabat SUK kira kira pukul 9.20 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.