`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 14, 2014

HANYA MB SAHAJA YANG BERHAK MOHON PERKENAN SULTAN PANGGIL SIDANG TERGEMPAR KATA PENGERUSI SPR.



SHAH ALAM, 14 OGOS: Hanya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempunyai kuasa untuk mengadap DYMM Sultan Selangor bagi menasihat dan memohon perkenan Baginda Sultan bagi mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hal ini termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan perkara ini dengan jelas.

“Menteri Besar sahaja yang boleh menasihatkan Sultan untuk memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri.

“Speaker tidak ada kuasa sama sekali tetapi cuma menjalankan prosiding persidangan DNS dan sekiranya ada usul undi tidak percaya, speaker juga tidak boleh mengundi,” kata Abdul Aziz ketika dihubungi Selangor Kini, di sini.

Abdul Aziz yang merupakan anak jati Selangor sebelum ini pernah bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor daripada 2001 hingga 2004 dan sebelum itu pernah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor daripada 1995 hingga 2000.

“Saya anak Selangor yang pernah bertugas sebagai SUK sebelum ini. Jadi selok-belok Perlembagaan Selangor saya memang tahu,” kata Abdul Aziz lagi.

Jelas beliau sekiranya undi tidak percaya yang dijalankan terhadap Abdul Khalid didapati keputusan seri, maka membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merupakan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada.

Beliau bagaimanapun berharap Pilihan Raya Negeri tidak perlu dijalankan memandangkan kerajaan yang ada sekarang hanya baru berusia 15 bulan daripada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Selain itu, penarikan sokongan empat exco PAS terhadap Abdul Khalid juga boleh menyebabkan kerajaan sedia ada tidak dapat berfungsi yang juga boleh menyebabkan DUN Selangor dibubarkan lebih awal.

“Ini hak Tuanku Sultan. Kalau Baginda singkir hingga enam orang exco pun hak Baginda juga.

“Sekiranya empat Exco PAS meletak jawatan juga akan menyebabkan DUN Selangor boleh dibubarkan tapi kalau boleh tak perlulah bubar walaupun dibenarkan undang-undang,” kata Abdul Aziz lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.