`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 26, 2014

Hina Sultan Selangor, ambil tindakan segera

Tindakan yang tegas dari pihak berkuasa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu demi memelihara keselamatan dan keamanan negeri Selangor dan negara Malaysia.
facebookSHAH ALAM : Perkasa Selangor yang diketuai oleh Abu Bakar Yahya telah membuat laporan polis mengenai dua individu yang di dapati mengenepikan kuasa Sultan Selangor dan menghina Baginda secara terang-terangan di satu portal berita dan di media sosial Facebook. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Menurut satu laporan oleh Ketua Wira Perkasa Selangor, Syamzari Putera Mohamed Noh, YB Khalid Samad telah membuat satu kenyataan akhbar mengenepikan kuasa Tuanku Sultan Selangor yang di bawa oleh satu portal media online.
Manakala satu lagi laporan polis di buat oleh Pengerusi Tugas-Tugas Khas Perkasa Selangor, Mohd. Azizan Ismail berhubung kenyataan di laman sosial Facebook oleh satu individu bernama Hu Long yang secara jelas dan terang-terangan menghina Tuanku Sultan Selangor.
“Kami barisan pimpinan Perkasa Selangor mengharapkan pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu-individu ini yang telah melanggar undang-undang sedia ada di negeri ini,” tegas Abu Bakar,
Beliau menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa tidak mustahil keamanan dan keselamatan dalam negara yang berbilang kaum ini akan terjamin jika seluruh rakyat dan pihak berkuasa memahami dan menghormati undang-undang serta perlembagaan negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.