`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, August 23, 2014

Isu ladang babi di Selangor, salah siapa sebenarnya?


ridhuan teePenolong Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor, Mohammad Firdaus Babh menganggap dakwaan Ridhuan itu sebagai “jelas melakukan tohmahan dan berniat jahat terhadap DAP”.
PETALING JAYA: Nama kolumnis terkenal, Ridhuan Tee kini mula menjadi sebutan semula apabila beliau mengaitkan kemarahan puak tertentu di kalangan parti pembangkang terhadap pentadbiran Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi bernilai RM100 juta.


Ridhuan mendakwa, usaha menyingkirkan MB Khalid mempunyai kaitan dengan cadangan DAP untuk melaksanakan projek penternakan babi bersepadu bernilai RM100 juta di negeri itu.


“Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam,” katanya.


Tindakan Khalid yang masih belum melaksanakan projek bersepadu itu menjadi faktor utama kemarahan daripada pihak yang digelarnya “ultra kiasu”.


“Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor utama mereka begitu marah kepada Khalid.


“Itu tidak termasuk lagi dengan kesan daripada perlaksaan projek iaitu virus nipah (JE) yang pernah mengorbankan nyawa manusia di negara ini,” katanya.


Mengulas krisis pentadbiran semasa Selangor, Ridhuan juga berkata, beliau bersetuju dengan hujah Khalid bahawa kerajaan negeri boleh terus ditadbir walaupun hanya dengan empat Exco PAS.


Sementara itu, Penolong Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor, Mohammad Firdaus Babh menganggap dakwaan Ridhuan itu sebagai “jelas melakukan tohmahan dan berniat jahat terhadap DAP”.


“Kenyataan ini tidak menggambarkan pemikiran seorang doktor (falsafah) yang bertaraf profesor,” kata Firdaus.


Sebelum ini, Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Datuk Dr.Lee Chong Meng, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa rancangan asal pemusatan penternakan babi di Selangor dicadangkan oleh syarikat milik Bumiputera menggunakan teknologi Jerman dan dibiayai dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


“Adun Tanjung Sepat, Datuk Karim Mansor yang mengkritik projek pemusatan ternakan babi itu ialah individu di sebalik salah sebuah syarikat Bumiputera yang terlibat,” kata Dr.Lee.


Malah tambah Dr.Lee, kerajaan BN negeri di bawah teraju Dr.Mohamad Khir Toyo pernah menghantar delegasi ke Jerman bagi mengadakan lawatan sambil belajar untuk menilai teknologi yang digunakan dalam penternakan babi.

-freemalaysiatoday-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.