`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, August 18, 2014

Kedudukan 43(PR) - 13(UMNO n BEBAS), TSKI Perlu Kosongkan Kerusi MB Sekarang!

Khalid hampir pasti hilang jawatan MB 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti hilang jawatan sebagai Menteri BesarSelangor berikutan sokongan majoriti Adunnegeri itu kini memihak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Penganalisis politik dari Universiti UtaraMalaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, calon yang mendapat sokongan majoriti dalam Dun akan menjadi menteri besar.

Dalam situasi itu, beliau berpendapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan melihat kepada sokongan majoriti Dun.

“Sama ada Dr Wan Azizah akan diperkenan oleh Sultan Selangor, itu terpulang kepada baginda. Namun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Dun seperti yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Malah, nama yang dicadangkan PR juga cuma satu. Melainkan PR meletakkan beberapa nama lain, barulah baginda (kemungkinan) memilih (calon lain),” katanya.

Semalam, PR bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi menggantikan Abdul Khalid selepas Pas mengumumkan pendirian akhir mereka.

Sokongan tersebut sekali gus menjadikan Abdul Khalid yang kini ahli parti Bebas hanya bergantung kepada sokongan 12 Adun Umno, berbanding 43 Adun PR.

Namun, Mohd Azizuddin berkata, Abdul Khalid masih mempunyai hak sebagai menteri besar untuk menasihati Sultan Selangor membubarkan Dun.

“Tetapi, ia masih tertakluk kepada perkenan baginda. Dalam keadaan sekarang, saya tidak melihat pembubaran Dun dan mengadakan pilihan raya negeri merupakan pilihan terbaik kerana sudah ada calon menteri besar yang dapat sokongan,” katanya.


Ikut undang-undang, Khalid perlu undur sekarang, kata pensyarah

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikehendaki di bawah undang-undang meletak jawatan ekoran pengumuman PAS hari ini menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalannya Mohamed Azmin Ali, sebagai calon pengganti menteri besar (MB) Selangor, menurut seorang pensyarah undang-undang hari ini. 
Profesor Gurdial Singh Nijar dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malayaberkata sekiranya Khalid enggan mengundur diri, jawatan MB dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dianggap dikosongkan, tanpa perlu Sultan Selangor menyingkirkan mereka dari kedudukan tersebut.

Gurdial merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana diputuskan: "Apabila menteri besar dimaklumkan dia hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan, dia dikehendaki dengan cara yang mulia meletakkan jawatan beliau dan jawatan majlis eksekutif.

"Jika menteri besar enggan atau tidak meletak jawatan beliau dan majlis eksekutif, hakikatnya ialah majlis eksekutif dibubarkan (yang juga termasuk menteri besar) disebabkan oleh menteri besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan,"
 kata Gurdial. 

"Oleh itu ia tidak perlu untuk Sultan... menyingkirkan Nizar (menteri besar Perak waktu itu) dan ahli majlis eksekutif. Sultan hendaklah melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan."

Tambah Gurdial, berdasarkan kes sebelum ini, yang tinggal kini hanya untuk Sultan melantik "seseorang" sebagai MB. 
"Ini juga bermakna semua tindakan MB sejak beliau dimaklumkan kehilangan sokongan majoriti mungkin tidak sah," kata Gurdial.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terdahulu semalam mengumumkan PAS bersetuju sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Mohamed Azmin Ali mengambil alih kepimpinan negeri Selangor sebagai menteri besar.

Beliau juga berkata PAS memutuskan untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, nama Khalid tidak lagi berbangkit kerana sudah dipecat partinya (PKR).

"Beliau kena pecat, kita tahaluf dengan parti bukan individu." -TMI


Selepas ditolak PAS, Khalid batal perjumpaan dengan penjawat awam

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan program perjumpaan bulanan dengan penjawat awam pagi ini selepas Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya diadakan di Dewan Jubli Perak di Shah Alam pada 8 pagi ini dibatalkan pada saat akhir selepas Pejabat Menteri Besar memaklumkannya jam 7.40 pagi tadi.

"Program Perhimpunan Bulanan yang dijadualkan pada pagi Isnin 18 Ogos anjuran Yayasan Selangor dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan," kata sekretariat akhbar dalam satu kenyataan pagi tadi.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam bersetuju Khalid digantikan dan mahu kekal dalam PR, tetapi mengemukakan calon alternatif, Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah.

PR pada petangnya memutuskan hanya nama Dr Wan Azizah saja yang akan dihantar ke istana, selepas Azmin yang juga timbalan presiden PKR menolak cadangan pencalonan daripada PAS itu -TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.