`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 3, 2014

KERANA GAGAL MENYEDIAKAN WANG JAMINAN RM5,000, SUDAH ADA PARTI POLITIK PRO BN YANG CUBA AMBIL KESEMPATAN UNTUK JAMIN BEKAS PEMANDU MENDIANG YB KARPAL SINGH.



Bekas pemandu peribadi mendiang Karpal Singh yang merupakan pemandu dalam kemalangan maut membunuh Karpal Singh dan pembantu peribadinya, hari ini terpaksa hidup di dalam lokap selepas didakwa memandu secara cuai dan merbahaya.

C. Selvam tidak dapat mengadakan wang jaminan RM5,000 sepertimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo yang turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan itu berlaku berkata, mereka tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan mereka adalah saksi kejadian.

"Saya telah disapina sebagai saksi pendakwa untuk perbicaraan ini, Jadi, kami tidak boleh terlibat dalam menjamin Selvam," katanya.

Ramkarpal, 38, telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei selepas kerusi tersebut kosong ekoran kematian Karpal Singh pada 17 April.

C.Selvam, seorang warganegara India, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai kerana memandu secara cuai dan merbahaya. Dia bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.

Insiden yang meragut nyawa Karpal Singh berlaku di KM306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pada 17 April.

Semenjak itu, C.Selvam telah direman dan dilokapkan.

Kini, dia gagal pula menyediakan wang jaminan, sekaligus memanjangkan lagi tempohnya di dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan.

Beberapa parti politik dikatakan bersedia untuk membantu pemandu Karpal Singh C. Selvam, yang kini sedang merengkok di penjara Perak selepas didakwa atas kesalahan memandu secara berbahaya dan melulu di Mahkamah Sesyen di Kampar.

DAP difahamkam membisu untuk membantu Selvam.

Parti Cinta Malaysia (PCM) dikatakan sedang cuba ambil kesempatan politik dengan bersedia untuk menghulurkan bantuan ikat jamin RM 5,000 dan memberi perkhidmatan peguam.

Naib Presiden Huan Cheng Guan PCM berkata beliau akan campur tangan untuk membantu Selvam, seorang warga India, jika keluarga Karpal atau DAP gagal untuk melakukannya.

Pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 39, juga meninggal dunia ditempat kejadian.

Selvam, 27 dan anak Karpal Ramkarpal, 38, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor hanya mengalami kederaan ringan sahaja semasa kejadian

Seorang pembantu rumah Indonesia Selfiana Rengga, 26, bagaimanapun mengalami kecederaan serius tetapi telah pulih seperti sediakala.

Selvam ditahan reman di Penjara Tapah selepas dia gagal ,menyediakan RM 5,000 sebagai ikat jamin telah ditetapkan oleh mahkamah.

"Saya akan pergi dan menjamindia keluar pada hari Isnin jika keluarga Karpal dan DAP gagal berbuat demikian," kata Huan

MCA dan MIC juga ambil kesempatan untuk hulurkan bantuan kewangan dan khidmat peguam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.