`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 15, 2014

Lantik MB Baharu atau Bubarkan Dewan

AZIZAH & THE TRUTH ABOUT THE SULTAN'S DISCRETION: Why is Hadi lying to PAS grassroots

Wan Azizah dapat sokongan majority ADUN.

Semalam, nona Wan Azizah tampil membuat deklarasi bahawa dia disokong oleh 30 ADUN PR. Ini bererti Wan Azizah mempunyai sokongan majority yang nyata.  diatas kertas, Khalid hanya ada 26 orang penyokong. 

2 hari sebelumnya, Khalid sudah istihar dia ada sokongan majority.  Siapa yang bercakap benar? Wan Azizah tampil dengan bukti, Khalid muncul dengan cakap kosong. Agak nya, Khalid ingat, percakapan nya sudah memadai.  

Azizah nyata lebih jantan dari Khalid. Dia ada bukti. Khalid cakap kosong. Makna-nya, Khalid Ibrahim bukan sahaja durhaka kepada Sultan Selangor tapi dia membohongi Sultan.

Perkenankan Wan Azizah mengadap atau bubarkan dewan.

Jika precedent yang berlaku di Perak suatu masa dahulu dikira sebagai prinsip untuk diikuti, maka Wan Azizah sepatut nya diistiharkan sebagai MB. Dalam keadaan semua pihak peduli sangat mengenai harga dan kos menjalan PRU negeri, perkenan supaya Azizah dijadikan MB adalah cara yang paling kos efektif. 

Tapi proses political blackmail yang dilakukan oleh kerajaan Najib keatas Perak dahulu dikondem oleh ramai orang sebagai unconscionable dan tidak constitutional.  Dan Sultan Perak yang dahulu telah dicemuh dan dihina kerana tindakan nya. perkara ini semua orang tahu. Rakyat mesti ingat, pihak yang menyebabkan seorang Sultan terdedah kepada cemuhan dan penghinaan ialah politik UMNO.

Kali ini, kita mempunyai peluang untuk membetulkan imej Sultan Melayu sebagai mata-air keadilan- yakni Sultan Selangor memperkenankan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Tidak kira ianya akan berharga RM50 juta untuk dijalankan. Ianya penting untuk mengesahkan bahawa penyelesaian yang kita ambil ialah penyelesaian yang demokratik dan ianya suatu langkah untuk memulihkan imej Sultan Melayu yang dikotorkan oleh politik.

Saya rasa jalan terbaik ialah membubarkan dewan undangan dan biarkan natural selection process dilakukan. Yang baik tetap akan menang. Tentulah UMNO tidak akan takut untuk berdepan dengan PRU Selangor dan Khalid Ibrahim sebagai seorang anak jantan tentu tidak takut juga untuk mensahihkan kejantanan nya. Kita pun hendak tahu jugak, atas parti apa Khalid mahu bertanding nanti? dalam konteks inilah Rafizi mengistiharkan bahawa, jika PRU Selangor berlaku dan jika rakyat yang memilih mahu menghukum PR, biarkanlah.

Siapa durhaka?

Bila wan Azizah mengistihar secara public, bahawa dia mempunya sokongan majority, apa yang sudah dilakukan oleh Khalid? 2 hari yang lalu, Khalid mengadap Sultan Selangor dan mengistihar depan raja negeri Selangor bahawa dia memimpin kumpulan majority. Saya pun hairan bagaimana Khalid menjastifikasikan dakwaan nya dan lebih menghairankan pula, tidak ada penasihat Sultan Selangor yang mencadangkan percakapan Kahlid itu mesti di buktikan.

Kepantasan Sultan Selangor menerima perakuan tanpa bukti dari Khalid, boleh membayangkan bahawa Sulatn Selangor diberi maklumat yang salah. Kahlid pula , kerana sedar bahawa dia sebenarnya tidak ada sokongan majority tapi berani pula membuat pengakuan , sudah menipu raja. Ini suatu kesalahan yang besar- menipu raja.

Khalid yang durhaka.

Dalam hal ini, Khalid lah yang sudah durhaka kepada raja. Zaman dahulu penderhaka disula. Saya harap habib Ali Al Habshee wa Cherasi tampil kemuka memberi amaran supaya Khalid jangan durhaka. Panglima2 Perkasa dan ISMA pun mesti kondem Khalid Ibrahim kerana menipu Sultan- bayangan Allah di muka bumi ini. Ini pembohongan, dusta, dosa besar dan durhaka. Jangan main main.

Raja Melayu mesti adil kepada semua. UMNO, PKR, DAP, PAS, dan lain2 semuanya rakyat kepada Raja Melayu. Kepada Melayu Arab pun. Saya nak beritahu Habib dan juga semua rakan2 UMNO saya diseluruh negara, mana2 Raja Melayu adalah raja kepada semua rakyat- bukan raja pada orang UMNO sahaja.  Dalam ikrar taat kepada Sultan, saya harap orang UMNO jangan lebih camca dari sudu.

Saya nak sebut disni supaya raja2 Melayu mestilah ingat bahawa pada suatu ketika orang UMNO durhaka amat sangat  kepada raja Melayu.  Jika sempurna agenda UMNO dahulu, negara kita sudah negara repablik.

Suka atau tidak suka dengan penampilan Wan Azizah dan 30 penyokong nya, membawa maksud Sultan Selangor mempunyai direct atau imputed notice bahawa Wan Azizah bukan si Khalid mempunyai sokongan majority. Sebab itu kepada saya Sultan Selamgor mempunyai 2 pilihan:

Ikut precedent negeri Perak dan titdak Wan Azizah mengadap dan perikasa betul aatu tidak Wan Azizah mempunyai sokongan majority ahli dewan.

Atau untuk membetulkan imhej Sultan Melayu dan mendaulatkan proses pemilihan yang demokratik, perkenankan supaya DUN Selangor dibubarkan.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.