`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 24, 2014

Mangsa Rumah Terbakar Tiada Tempat Tinggal Tetap

Mangsa Rumah Terbakar Di Kpg Muhibbah Perlu Tempat Tinggal Baru

MIRI - PAS Miri telah menyampaikan bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran di Kampung Muhibbah Kuala Baram baru-baru ini. Seramai 22 penduduk Kampung Muhibbah, Kuala Baram tinggal sehelai sepinggang selepas tempat kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal pagi beberapa hari yang lalu. Kebakaran yang berlaku seawal  jam 3.30 pagi itu melibatkan sebanyak enam buah rumah papan yang didirikan lebih dari 20 tahun lalu telah musnah sama sekali. Kebanyakan mangsa merupakan pekerja di kilang-kilang papan dan syarikat perkapalan di Kuala Baram.

Selepas kejadian itu PAS Miri datang melawat mangsa kebakaran dan inilah kali kedua PAS menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa dengan memberi bekalan makanan serta pakaian dan lain-lain barang-barang keperluan harian untuk meringankan sedikit bebanan yang mereka tanggung.

Menurut penduduk di situ mereka dilarang membina semula rumah di atas tapak yang asal setelah rumah mereka terbakar. Sepatutnya penduduk di Kuala Baram diberi kemudahan asas serta diberi lot tanah agar mereka dapat membina kehidupan yang lebih terjamin dan aman tanpa perlu bersusah payah mencari tapak baru setelah rumah mereka terbakar.

Untuk memiliki dan membina rumah baru memang sukar bagi penduduk di situ memandangkan harga rumah sekarang terlalu mahal dan pendapatan mereka hanya cukup untuk menampung pembelanjaan harian.
Harga rumah yang terlalu mahal buat penduduk yang berpendapatan rendah di Miri menyukarkan lagi hasrat mereka untuk memiliki rumah yang selesa untuk keluarga yang besar.
 
Kita mengesa pihak berkuasa agar dapat memberi bantuan serta dapat membina semula rumah mereka yang terbakar tersebut di tapak yang sama memandangkan mereka sudah lama tinggal di situ.

Disamping itu, PAS juga bergerak aktif dalam memberi bantuan seperti menukar atap dan lain-lain keperluan dalam projek ‘UntukMu Sarawak'.  Ramai rakyat yang kurang berkemampuan mendapat manfaat hasil dari projek ini.

Walaupun PAS bukan parti pemerintah tetapi dengan kerjasama mereka yang perihatin akan masalah penduduk Sarawak yang miskin sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan bebanan rakyat yang memerlukannya.

Program PAS bersama rakyat akan terus diadakan sepanjang masa tanpa memilih waktu demi untuk kebajikan rakyat Sarawak. Kita amat mengalu-alukan sumbangan tenaga, wang ringgit dan idea dari kalangan rakyat Sarawak dan orang ramai yang prihatin bagi sama-sama menjayakan projek kebajikan rakyat.

Setiap sumbangan boleh disalurkan terus ke Akaun Maybank 5611 1805 4521 (Tabung UntukMu Sarawak) No Telefon: +6013 310 1577 (Zulfikar) atau +6013390529 (Zharuddin Narudin)

Dana yang disumbangkan oleh orang ramai akan disalurkan kepada rakyat yang memerlukan. Kerjasama dengan semua pihak dalam menjayakan  projek 'UntukMu Sarawak' amat dihargai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.