`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, August 10, 2014

Pengedar YSLM Terima Gelaran Datuk Seri Daripada Sultan Pahang?

PETALING JAYA: Seorang pengedar perniagaan pemasaran pelbagai peringkat YSLM CDTUP, Jessy Lai mendapat penganugerahan darjah kebesaran daripada Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri, ketika pihak berkuasa sedang mengesan pemilik syarikat itu yang mendakwa dirinya sebagai jutawan, Zhang Jian.
Pengumuman itu dibuat di laman rasmi YSLM CDTUP di Facebook dengan gambar-gambar beliau menerima gelaran itu dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan gambar beliau bersama pingat darjah kebesaran itu.
"Jessy dah dapat pingat yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Sultan Pahang... kenapa tak percaya???" kata moderator di halaman Facebook itu.
 
Beberapa gambar yang hampir sama dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran turut dikongsikan menerusi akaun Facebook di laman web Malaysia Youth Team. Sumber Cari.com 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.