`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 25, 2014

Petanda Anwar Akan Di Penjarakan Dalam Masa Terdekat..


SHAH ALAM: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya yang beliau tidak akan dipenjarakan oleh Umno. Beliau menyuarakan ketegasannya bahawa tidak akan sesekali lari dalam menghadapi dakwaan fitnahnya oleh kerajaan Umno.

“Kita akan tetap lawan musuh kita yang telah melakukan satu sistem yang zalim.

“Bukan saya saja yang telah dizalimi, tetapi pemimpin lain seperti N. Surendran, Tian Chua dan Rafizi juga telah difitnah. Umno menggunakan undang-undang untuk mendakwa mereka yang tidak bersalah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian di Majlis Kongres Nasional KEADILAN ke-10 PKR.

Tegas Anwar lagi seharusnya, dakwaan tersebut harus dibuktikan dengan fakta dan bukannya dengan fitnah.

Selain itu, terdapat juga suara sumbang menyatakan PKR akan lenyap setelah Anwar dipenjarakan.

“Saya ingin menegaskan bahawa PKR tidak akan lenyap sekiranya saya dipenjarakan.

“Malah lagi hebat daripada sekarang. Kita menentang Umno bukan semata-mata kerana saya dipenjarakan tetapi menolak kezaliman terhadap institusi undang-undang Negara,” jelasnya.

Tambahnya, penambahbaikan dasar PKR akn terus dimantapkan dan lonjakan untuk anak-anak muda menjadi pemimpin akan dipergiatkan.

“Bagi bahagian wanita juga akan dipergiatkan usaha untuk menarik lagi ramai masuk ke dalam parti kita walaupun dimaklumkan sukar untuk melepasinya.

“Kawasan seperti di Sarawak dan Sabah juga akan dikerahkan untuk menarik lebih ramai untuk menyertai kita,” ujarnya. ~fmt

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.