`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, August 23, 2014

Polis cekup Man Parang aktif pecah rumah lepas lari ke Sabah


CHANDRA menunjukkan parang yang dirampas dari 'Man Parang' pada sidang akhbar di Kota Kinabalu, Sabah semalam.


KOTA KINABALU - Kelicikan seorang lelaki digelar 'Man Parang' yang aktif melakukan kegiatan samun dan cabul berakhir apabila dia dicekup polis di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Tuaran di sini Selasa lalu.
Suspek yang merupakan warga tempatan dan berusia 31 tahun itu ditahan pada pukul 7.25 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, suspek ditahan susulan penglibatannya dalam tiga kes samun dan pecah rumah sejak 15 hingga 19 Ogos lalu membabitkan mangsa wanita berusia 25 dan 48 tahun.
Katanya, modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan menyamun mangsa menggunakan sebilah parang.
"Suspek didapati turut memaksa dua mangsa wanitanya melakukan perbuatan di luar tabie sebelum melarikan diri bersama barangan-barangan berharga," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. -Kosmo

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.