`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 25, 2014

Polis tahan 20 GRO rakyat asing di George Town

Post Pic



GEORGE TOWN: Dua puluh wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Jalan Madras di sini Ahad malam.

Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang DSP Mohd Yusri Othman berkata mereka yang ditahan dalam operasi dua jam bermula 10 malam itu ialah 18 rakyat China dan masing-masing seorang wanita Myanmar dan Vietnam.

"Ini serbuan kali ketiga di premis itu tahun ini dan polis turut menahan seorang lelaki disyaki penjaga premis berusia 60 tahun," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata 19 daripada wanita itu didapati memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan seorang lagi gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

Wanita berumur antara 17 dan 32 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut, katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.