`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 15, 2014

Protes ‘riben hitam’ depan SUK desak Khalid letak jawatan

Salah seorang ahli gerakan anti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggelarkan diri sebagai gerakan “riben hitam” menampal riben hitam di sekitar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014. Salah seorang ahli gerakan anti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggelarkan diri sebagai gerakan “riben hitam” menampal riben hitam di sekitar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014. 
Kira-ki‎ra 15 ahli gerakan anti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan protes di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, tengah hari tadi mendesak beliau segera meletakkan jawatan.
Menggelarkan diri sebagai gerakan “riben hitam” sebagai tanda kematian demokrasi di Selangor, kumpulan itu memegang sepanduk "TSKI sila letak jawatan", "Hormati demokrasi", ‎dan "Please step down for the sake of the people".
TSKI merujuk kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Wakil gerakan, Ng Yap ‎Hwa ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya juga melancarkan kempen “Kembalikan Selangork‎u” yang bertujuan supaya kuasa kerajaan dipegang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas itu dikembalikan semula ‎kepada Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, kempen itu bermula semalam dengan sokongan 15 badan bukan kerajaan (NGO) dan pengundi Selangor.
"Kami berada di sini untuk tunjukkan rasa tidak puas hati kerana rakyat memilih PR memerintah Selangor, bukan Khalid seorang atau PAS sahaja," katanya.
Katanya, protes itu juga sebagai tanda tidak puas hati terhadap pemecatan lima exco DAP dan PKR pada Selasa lalu.
Katanya, gerakan itu sudah mengadakan protes aman ‎di hadapan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Khalid di Pelabuhan Klang pagi tadi dan akan melakukan tindakan sama di kawasan empat exco PAS yang masih kekal dalam kerajaan.
"Esok kita akan mengadakan protes di depan pejabat Iskandar (Samad) di kawasan Chempaka di Ampang," katanya.
Cubaan mereka untuk masuk ke dalam perkarangan Bangunan SSAS bagaimanapun dihalang sehingga memaksa pengawal keselamatan menutup laluan masuk dan keluar di pintu pagar utama.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.