`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 13, 2014

Speaker Dewan layak mengundi kalau jumlah undi sama, kata pensyarah

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya boleh mengundi apabila berlaku persamaan jumlah undi daripada kedua-dua bahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kata pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Malaya Prof Gurdial S. Nijar.
Gurdial (gambar) bagaimanapun berkata, dalam kebanyakan kes, Speaker DUN tidak dibenarkan untuk mengundi.
"Hanya apabila berlaku jumlah pengundian yang sama," kata Gurdial kepada The Malaysian Insider.
Krisis Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berterusan apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat 5 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) dari DAP dan PKR petang semalam.
Empat anggota exco PAS dikekalkan sementara seorang exco PKR yang berada di luar negara diberi peluang menyatakan pendirian menyokong Khalid atau tidak selepas ini.
Khalid dipecat keahlian daripada PKR pada Sabtu selepas enggan melepaskan kedudukannya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikannya sebagai menteri besar.
Ekoran pemecatan itu, PKR kini hanya mempunyai 13 kerusi DUN, berbanding PAS dan DAP yang masing-masing memiliki 15 kerusi.
Barisan Nasional (BN) yang merupakan parti pembangkang di Selangor kini mempunyai 12 kerusi.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN akan tetap menyokong Khalid sebagai menteri besar.
Semua pihak kini sedang menantikan keputusan mesyuarat PAS yang dijadualkan Ahad depan untuk menentukan nasib Khalid sebagai menteri besar.
Khalid yang merupakan ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Adun Pelabuhan Klang kini merupakan satu-satunya individu dari blok Bebas dalam DUN Selangor.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.