`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 26, 2014

SPRM lantik pegawai khas kutip maklumat rasuah anggota polis dari MyWatch

BARU-BARU ini berlaku pertemuan antara Pengerusi NGO MyWatch, R Sri Sanjeevan dengan pihak SPRM membentuk satu usaha sama bagi memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa terutama melibatkan anggota polis dan pihak berkuasa di Malaysia.

Menyedari NGO MyWatch yang sering kali mendedahkan salah laku, rasuah dan jenayah melibatkan anggota Polis, pihak SPRM telah bersetuju melantik pegawai khas yang akan menerima segala maklumat‎ kes dari MyWatch supaya ia dapat melalui proses penyiasatan, seterusnya ke peringkat pendakwaan suspek.


Apa yang menarik, dengan terbentuknya kerjasama ini, orang awam ataupun mana-mana individu dan organisasi boleh menyalurkan maklumat kepada MyWatch kemudian, ‎pegawai SPRM yang dilantik akan mengambil maklumat tersebut untuk disiasat.

Jika terdapat bukti yang mencukupi, kes tersebut akan dihantar kepada Peguam Negara untuk ke peringkat pendakwaan.

Dalam erti kata lain,‎ jika anda ada maklumat tentang perlakuan rasuah, dan salah guna kuasa, anda boleh menyalurkan semua maklumat dan bukti kepada MyWatch, tanpa membuat laporan secara terus kepada SPRM.

Secara tidak langsung maklumat anda sebagai pengadu kini mendapat satu lagi lapisan kerahsiaan kerana pihak SPRM mengambil maklumat dari MyWatch bukan dari anda secara terus.

Difahamkan MyWatch akan mengumumkan secara rasmi pegawai SPRM yang akan ditugaskan mengambil ‎maklumat dari NGO itu minggu hadapan.

Anda boleh menghubungi talian Whatsapp MyWatch di nombor 0196003636 atau melalui email mywatch@malaysiancrimewatch.com

"Bersama banteras rasuah dan salah guna kuasa!"

‎— Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.