`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, August 14, 2014

Undi Tidak Percaya Kepada Khalid: Menunggu Sidang Tergempar DUN


Khalid cabar Wan Azizah ‎buktikan sokongan majoriti dalam DUN 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabarAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. 

Khalid berkata, ‎sokongan itu perlu dibuktikan melalui undi tidak percaya dalam DUN.

"Saya maklum tentang pengumuman Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

"Sungguh begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

"Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook sebentar tadi. -TMI


Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN S'gor

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.

"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.


"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah.
-mk


ULASAN GB

Ada dua isu di sini.

Pertama Sidang tergempar DUN yang perlu dipanggil untuk pembentangan usul undi tidk percaya kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.

Berdasarkan kepada precedence kes di Perak, sidang tergempar DUN perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Maka itu dilaporkan:

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya (Wan Azizah) juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.


Jika Khalid jujur dengan kata-katanya bahawa: "Wan Azizah perlu membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor", maka Khalid perlu menyetujui di hadapan Sultan Selangor supaya Sidang Tergempar DUN dipanggil. Ini kerana Sultan mengikut nasihat Menteri Besar. Persoalan berani dan jujurkah Khalid di dalam usaha ini dimana beliau sendiri terlibat secara lansung sebagai MB yang bakal menerima usul undi tidak percaya?

Kedua isu dua orang ADUN PAS Hulu Kelang dan Morib yang telah menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKRtanpa menunggu Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada 17 Ogos ini.

Bagi GB kedua-duanya (malah kesemuanya jika boleh) berhak untuk membuat keputusan TANPA perlu menunggu Jawatankuasa PAS Pusat. Seperti kata seorang sahabat di dalam komennya di blog ini

Rumah dah terbakar.. masih nak tunggu tarikh bermesyuarat lagi... haha...hahaha masa nak buat press statement dulu tak pulak bermesyuarat dulu.....


Mengenai isu keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta PAS menyokong Khalid Ibrahim, bukanlah satu keputusan yang WAJIB untuk dipatuhi kerana:

Keputusan majlis Syura bukan mengenai rukun iman atau rukun islam yang tak boleh dipertikaikan, hanya siasah...tidak sampai tahap syarie


Ia adalah pandangan Majlis Syura semata-mata. Lagipun banyak hal yang boleh dipertikaikan mengenai keputusan Majlis Syura berkenaan. Malah entiti Majlis Syura itu sendiri masih boleh dipertikaikan dari segi bidangkuasa, keanggotaan dan tatacara perlantikan ahlinya.

Untuk mendapatkan "wala" (kesetiaan), Majlis Syura Ulamak perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Tanpa pembetulan itu, ia hanya menjadi entiti yang boleh dimanipulasi oleh kumpulan tertentu di dalam parti untuk membuat keputusan yang berpihak, tidak adil malah tidak Islamik.

Oleh itu PAS tidak boleh dan tidak wajar mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana ADUN yang tidak menunggu tarikh 17 Ogos kerana ada keperluan mendesak melakukannya dan tidak selari dengan keputusan Majlis Syura Ulamak kerana ia hanyalah soal siasah bukan soal dasar parti seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan parti. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.