`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 24, 2014

[VIDEO] PAS Terengganu Injak & Buli PKR (?)

Perwakilan: PAS injak, buli PKR di T'ganu 

Seorang perwakilan tidak dapat menahan kesedihannya kerana didakwa “dibuli” oleh sekutu mereka, PAS di Terengganu sehingga tidak mampu memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya umum lalu. 

Wakil negeri itu, Azlan Che Mat dengan nada sayu berkata, PKR Terengganu amat kecewa kerana PAS turut merampas kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka dan enggan memberi kerjasama semasa kempen pilihan raya.

"Kami menangis, kerana di dalam PRU yang lepas, kami dimomok, dihinjak-hinjak. Alhamdulillah, walaupun kita diinjak-injak oleh parti Umno kita menang satu kerusi.

"(Tapi) yang kita cukup sedih, cukup menangis, kita diinjak-injak oleh rakan kita PAS Terengganu," katanya dalam perbahasan untuk menyokong Usul Antarabangsa di Kongres Nasional PKR ke 10 hari ini.

Beliau seterusnya berharap agar presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannnya, Azmin Ali dapat membantu memulihkan kerjasama Pakatan di negeri itu.

"Saya minta jangan takut kepada PAS Terengganu, bukan PAS Pusat. Saya minta YB presiden, tolonglah, tolong Terengganu.

Masalah kerjasama

"Kami nak kembalikan semula kemenangan dari tangan Umno untuk Pakatan rakyat tapi kami melihat PAS Terengganu masih tidak bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat," kata beliau.

"Saya ucap taniah kerana dia (Azmin) menang, sebab itu saya minta dia tolong, datang ke Terengganu buat pembetulan balik, atau bantu bentuk satu sekretariat Pakatan Rakyat Terengganu," kata beliau.

Dalam pilihan raya tersebut, PKR pada asalnya diberi peluang bertanding di enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.

Walaubagaimanapun, PAS tetap meletakkan calon mereka di kerusi PKR sehingga berlaku pertindihan calon Pakatan di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Selain kerusi parlimen Kemaman, tiga lagi kerusi DUN yang ditandingi PKR ialah Permaisuri, Bandar dan Telemong.

PKR tewas di semua kerusi DUN dan parlimen kecuali di DUN Bandar yang ditandingi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.

Video masih dlm process

ULASAN GB

Ia amat menjengkel dan memalukan.

Kalau benar aduannya, PAS Pusat perlu bertindak ke atas PAS Terengganu.

Jika PAS Pusat tidak bertindak, kita khuatir masalah ini menular di tempat lain dan PAS menjadi sebuah parti yang dilihat tidak boleh bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain di dalam Pakatan Rakyat walaupun pemimpin utama PAS menyatakan tetap ingin bersama PR.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Ingat, isu "pil kuda" masih berjalan di mahkamah. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.