`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 27, 2014

Walaupun dia sultan tapi bab perlembagaan bukannya dia faham sangat

Walaupun dia sultan tapi bab perlembagaan bukannya dia faham sangat, jadi sesiapa yang pakar dalam undang-undang dan perlembagaan tubuh negeri Selangor kenalah beri panduan kepada sultan agar sultan tidak terpesong jauh sangat! 

Kalau bab ini, mungkin sultan lebih tahu!

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tindakan sultan Selangor meminta lebih banyak nama untuk calon menteri besar adalah tidak mengikut perlembagaan kerana seorang calon yang mendapat sokongan majoriti sudahpun ditemui.


Katanya, mengikut sistem berparlimen, kerajaan bertanggungjawab kepada DUN dan bukannya kepada istana.

Jelasnya lagi, peranan istana hanyalah untuk melantik sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti Dewan.

“Majoriti adalah satu-satunya kriteria (pelantikan), maka sultan tiada kuasa untuk meminta lebih banyak nama memandangkan sudah ada majoriti,” katanya kepada Malaysiakini.

Istana Selangor semalam mengeluar kenyataan bahawa baginda menangguhkan peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga seorang menteri besar baru dilantik.

Sultan Selangor turut meminta agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS – masing-masing menamakan dua calon sebagai pengganti jawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.