`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 17, 2014

Wow, Bogel! Wakil Negara Islam (?) Malaysia Di Sukan Olimpik Remaja Dunia..


Olivia tetap berusaha untuk mendapat tempat terbaik pada Sukan Olimpik Remaja 2014.

SUKAN
NANJING: Gimnas pelapis kebangsaan, Olivia Tai Qing Tong tidak berani meletakkan sasaran tinggi pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) kerana ia merupakan penampilan sulung beliau pada kejohanan berprestij itu. 

Temasya empat tahun sekali tersebut berlangsung selama 12 hari dan bermula secara rasminya, Sabtu membabitkan kira-kira 3,800 atlet daripada 204 buah negara.

Olivia, 14, berkata sasaran peribadi beliau adalah untuk mara ke peringkat separuh akhir terlebih dahulu sebelum bercita-cita untuk meletakkan sasaran lebih tinggi atau naik podium.

"Saya tidak berani membuat sasaran lebih tinggi daripada mara ke perlawanan separuh akhir, namun tidak bermakna saya tidak mahu sumbang pingat untuk negara kerana semua atlet yang bertanding pada mana-mana kejohanan tidak ingin pulang dengan tangan kosong," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Olivia yang meraih satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-13 di Stadium Putra, Bukit Jalil Februari lalu berkata beliau telah bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan pada hari kejohanan nanti.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas itu akan beraksi dalam acara gimrama individu reben dan titian mulai 26 Ogos ini di Pusat Olimpik Natatorium Nanjing).

Olivia berkata harapan beliau adalah untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik Rio di Brazil pada 2017 dan akan memanfaatkan sebaik mungkin pengalaman pada temasya ini.

Wow, inilah wakil negara Islam Malaysia (?) di di Sukan Olimpik Remaja di Nanjing.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.