`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 17, 2014

4 BERANAK TINGGAL ATAS TANAH KUBUR LEPAS DIMINTA KOSONGKAN RUMAH SEWA

PONDOK usang di tapak kubur lama jadi tempat tinggal sekeluarga.
Johor Bahru: “Kami tidak pernah terfikir masalah gangguan makhluk halus sebaliknya hanya mahu tempat berteduh selepas terpaksa mengosongkan rumah sewa.

“Hingga kini, kami empat beranak tinggal di kawasan perkuburan lama tanpa sebarang masalah,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Mokhtar, 36, semalam. 

Mokhtar yang hanya mengutip barangan kitar semula termasuk besi buruk untuk menyara keluarga berkata, dia bersama isterinya, Normah, 34, membawa dua anak perempuan mereka yang berusia tiga dan enam tahun tinggal di sebuah pondok usang di tanah perkuburan itu selepas kehilangan tempat tinggal sejak tahun lalu.

“Ramai yang pelik bagaimana kami tinggal di sini kerana ini tanah perkuburan lama yang kini sudah bersemak,” katanya.

“Bagaimanapun, hingga kini kami tinggal tanpa sebarang gangguan kerana hanya mahu menumpang sementara di tanah ini,” katanya.

Mokhtar berkata, pendapatannya kurang RM500 sebulan dan ia tidak cukup untuk membayar sewa rumah.

Katanya, disebabkan tidak membayar sewa selama lebih tiga bulan, mereka sekeluarga diminta mengosongkan rumah sewa di Taman Desa Mutiara di sini.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya nasib saya mungkin kurang baik.

“Saya berasal dari Kangkar, di sini, sebelum ini tinggal di sebuah kampung berhampiran kawasan ini, tetapi semua penduduk dipindahkan ke kawasan lain.

“Sebab itu, saya nekad membina pondok dan tinggal di sini walaupun tanpa elektrik dan air kerana sudah biasa dengan persekitaran kawasan ini, ” katanya.  ─ myMetro online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.