`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 14, 2014

Apa agenda Hj Hadi mahu Khalid Ibrahim dikekalkan?

Ketua Pemuada PAS Pusat, Suhaizan Kayat menerima banyak kecaman melalui status gambar laman Face Booknya di sini. Antara komen-komen awal ialah :

Suhaimi Talib :  Yang kata TGHH nak bawa PAS join UMNO ialah propoganda PASMA utk tujuan jatuhkan TGHH...semosga Allah SWT pelihara TGHH dan Ulama2 PAS yg lain nya .. InsyaAllah 
Like · Reply · 15 · 22 hours ago

Nodin Nodin : Itu pun ko nak tanya tok guru?.. Makna nya ko meme bodoh duk percaya propa dr percaya ketua sendiri.. Dlm kes mb selangor umno sokong khalid atau sokong pas x bermakna umno nak bersatu dgn pas atau pas nak bersatu dgn umno!.. UG ni hanya gelaran dicipta oleh sebelah pihak utk memburukkan pihak yg lain dlm pas.. Cubaan membina prasangka.. Dan menarik sokongan.. Ko pun naif sgt atau ko pun bersubahat?
Like · Reply · 14 · 23 hours ago



Walaupun Suhaizan dilihat begitu teliti dan berhati-hati dalam statusnya, puak-puak UG ni dah label Suhaizan Kayat ni masuk dalam list MH! Kesian Suhaizan. Nak buat macam mana? 

Boleh baca kenyataan Suhaizan Kayat itu di siniSaya tak minat nak bubuh kat blog ni sebab nampak macam main sarkis saja...Ha! Ha! Ha! 

Tapi apa kata korang bandingkan dengan kenyataan berikut:



KENYATAAN MEDIA RENTETAN PERTEMUAN PEMUDA PAKATAN DENGAN PRESIDEN PAS

 Saya ingin merakamkan penghargaan AMK kepada Tuan Guru Dato Seri Haji Hadi Awang Presiden PAS kerana kesudian beliau bertemu saya bersama-sama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat pagi Jumaat 12 September yang lalu.

 Suhaizan juga telah memberi maklumat ringkas tentang pertemuan tersebut kepada portal Malaysian Gazette.

 Pertemuan itu adalah antara siri pertemuan dengan pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang dipersetujui Pemuda Pakatan dalam usaha menyelesaikan hubungan dalaman Pakatan berikutan isu Menteri Besar Selangor.

 Cuma yang agak merisaukan saya adalah dalam perbincangan itu apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid.

 Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB Selangor. Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Tan Sri Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang telah diterima DYMM Sultan Selangor. Apatah lagi Tan Sri Khalid kini hanyalah ADUN bebas tidak berparti.

 Ini ditambah dengan beberapa keputusan yang berubah-ubah sebelum ini malah berbeza dengan keputusan PAS sendiri.

 Sebarang penyelesaian isu ini mestilah dibuat dalam kerangka bersama Pakatan.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA
13 Sept 2014

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.