`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 16, 2014

ASKAR BOM KERETA ISTERI KERANA CURANG DENGAN LELAKI LAIN



Siasatan awal polis mendapati kejadian letupan bom di Kampung Baru Subang, Sungai Buloh semalam, dipercayai bermotifkan cemburu seorang bekas anggota tentera terhadap isterinya, yang berkenalan dengan seorang lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata polis percaya cemburu adalah motif kejadian itu selepas menyoal siasat bekas anggota tentera itu, 50, yang ditahan di Pangsapuri Pahlawan 2 Taman Tun Perak, di sini, Sabtu.

Beliau berkata kenalan lelaki isteri suspek berkenaan adalah sepupu kepada mangsa, Chong May Lun, 40 yang hampir maut apabila sebutir bom tangan meletup di bawah keretanya semasa melalui Kampung Baru Subang pagi Sabtu.

"Suspek menuduh sepupu kepada mangsa membawa lari isteri suspek dan polis percaya individu yang meletakkan bom itu mempunyai niat untuk mencederakan sepupu mangsa," katanya.

Letupan itu menyebabkan bahagian bampar belakang kereta Toyota Vios beliau tertanggal dan serpihan bom itu menembusi but dan tempat duduk belakang.

Mengenai tangkapan suspek berkenaan, Junaidi berkata polis menahan lelaki itu 15 jam selepas insiden letupan itu berlaku dan turut dirampas ialah dua buah telefon bimbit, dua sim kad telefon serta dua kereta, jenis Myvi dan Honda Civic.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.