`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 6, 2014

Awas !! Kerang beracun..boleh mati jika makan..

Kerang sekitar Pelabuhan Kuantan dicemari toksin, boleh sebabkan kematian

http://yhu2nk401.files.wordpress.com/2012/12/kerang.jpg 

KUANTAN: Jabatan Perikanan negeri mengesahkan semua jenis kerang di sekitar Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelam, dekat sini mengandungi toksin Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) yang boleh menyebabkan kematian kepada individu yang memakannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata toksin itu dikesan menerusi pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Perikanan terhadap sampel tiram di kawasan itu susulan kejadian lapan pekerja Indonesia yang mengalami keracunan makanan selepas memakan tiram di pelabuhan itu pada 1 Ogos lalu.

Katanya, keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu melebihi 80 mikrogram (ug) per 100 gram.

"Bacaan toksin PSP yang diperoleh bagi sampel itu adalah di antara 317 hingga 3,560 ug/100g. Sehubungan itu, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mengutip atau memakan kerang di kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.